Andai kau Tahu...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 9:15 PM | 1 comments »

Allah terangkan hatiku, dengan cahaya hidayahMu
seperti terangnya bumi dengan matahari selama-lamanya...


Gambar hiasan

Baginda bersabda " Jika mereka meletakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku, daku tetap akan menjalankan tugas, daku akan teruskan sehingga wahyu Allah mengatasi segala-galanya, hingga daku sendiri pun sudah tiada"


Adakah ia salah satu cabang menyebaran dakwah atau fitnah??


Daku mencintai sahabatku melebihi diriku sendiri..

Allah rahmatilah sahabat-sahabatku ini


mari bersama kita renunginya...


muhasabbah...

Sadaraku..

Andaikan kau tahu betapa besarnya pahala memikir, merancang, menyusun & membantu Islam nescaya kau takkan tinggalkan tugas jihad ini walaupun sesaat...

Andai kau tahu betapa azabnya meninggalkan tugas 'amal ma'ru & nahi mungkar serta melaksanakan tugas khalifah, maka pasti kau menghargai sesaat pemberian ALLAH...

Andai kau tahu betapa tingginya nilai persahabatan atas dasar 'aqidah islamiyyah nescaya dikau berusaha mempertautkannya & menutup lubang-lubang perosak mahabbah...

Marilah kita sama-sama menjadi hamba yang murobbi saudaraku...

Terukir Kenangan...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 5:51 AM | 0 comments »

Allah terangkan hatiku, dengan cahaya hidayahMu
seperti terangnya bumi dengan matahari selama-lamanya


Assalamualaikum...

Pertama dan selamanya bersyukur pada Allah kerana masih lagi memberikan nikmat iman dan islam pada semua..alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah.

Hari-hari yang berlalu cukup mencabar bagi ana..assignment, mini projek, kuiz dan ujian semua menekan diri ini pada minggu lepas dan minggu ini..(sampaikan terapi pun ana buat-buat lupa..hehe)..kuatkan semangat!!!!. Alhamdulilah...program Tayangan Multimedia "Selami Jiwa Kita" berjalan dengan lancar semalam. Syukran pada adik-adik yang datang dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus memberi sokongan pada pssi..amat ana hargai ^_^




Selami Jiwamu


Syukran pada sahabat-sahabat kamsis kerana menjemput kami, makan malam kamsis yang bertemakan "1001 malam Kamsis"...pasti meninggalkan kesan yang mendalam pada kami semua=p dalam banyak-banyak slide yang ditayangkan..ana amat terkesan dengan tayangan ini..meh kite play meh ^_^





Menjerat Jiwa


(^^,)

Selamat menempuhi ujian iman buat kalian..

adik-adikku ^_^


Bersama Tuan Hj Yusof (abah)

Moga rahmatAllah sentiasa bersama kita semua..ameen(^^,)


…Warkah buat kekanda...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 7:45 PM | 0 comments »

Allah terangkan hatiku, dengan cahaya hidayahMu
seperti terangnya bumi dengan matahari selama-lamanya




Daku amatlah kagum & berbangga,

Atas keperibadianmu duhai kekanda,

Tidak dapat dinafi kekaguman melanda,

Dirimu insan yang tabah lagi berani mencuba,

Engkau seorang kakak yang sempurna,

Sekiranya dirimu tahu mengapa&kenapa,

Daku selalu menghubungimu tak kira masa,

Itulah keranaku sedang mencuba,

Mendekati&menyelami keperibadianmu yang ada,

Inginku mencontohi keperibadianmu sedaya upaya,

Kematangan fikiranmu mendidik kekuatan jiwa,

Semakinku cuba mencontohimu sekali sekala,

Hanya dengan kekuatan yang tak seberapa,

Sesungguhnya diriku mencuba…

Tetapi diriku tak setandingmu kekanda,

Ketabahanmu mengharungi segala yang ada,

Diriku hanyalah insan lemah tak berdaya,

Hanya mampu menunggu disebalik jendela,

Jika engkau memerlukan bantuan sedaya inginku mencuba,

Amatlahku bersyukur dapat mengenalimu kekanda,

Kuharap engkau tidak menghilangkan diri dimana-mana,

Apa yang kupinta cukuplah engkau selalu berada,

Dibawah rahmatNYA walau dimana sahaja,

Tetapi diriku tidak mampu untuk memaksa,

kuserahkan segalanya pada yang Esa,

Daku tak memaksa untukmu percaya,

Setiap yang terungkai dari bicara,

Sesungguhnya daku amatlah menyayangimu kekanda,

Hanya Allah mengerti segala ungkapan dijiwa,

Moga dirimu&daku tidak lalai&alpa,

Dengan hasutan syaitan durjana,

Ku pasrah atas segala suratan Yang Maha Esa,

Moga diberi petunjuk serta hidayah dijiwa,

Agar kita mendapatt rahmat kasih sayangNYA,

Hidup sempurna didunia&bahagia diSANA.


Dedikasi darinya khas buatmu...


Sabar

Posted by MusLiMaHaTiKu | 6:29 AM | 0 comments »


Allah terangkan hatiku, dengan cahaya hidayahMu
seperti terangnya bumi dengan matahari selama-lamanya


Penenang Jiwa ini


Sabar itu cukup indah


Ya Rabb


Ya ALLAH
jika engkau tidak menunjukkan islam pada hamba..
tidak mungkin hamba sampai padanya..
Ya ALLAH
andai engkau tidak melepaskan lidah hamba untuk berdoa padaMU
tidak mungkin hamba mampu berdoa..
Kiranya tidak engkau kenalkan lazatnya nikmatMU
tidak mungkin pula hamba dapat mengecapinya..
Jika tidak engkau benarkan kami mengenalimu
tidak mungkin cinta kami padaMU bersinar..
terima kasih Ya ALLAH
Engkau adalah tuhan yang maha mengetahui
Hanya padaMU kami mengharap..
kurniakanlah kami kekuatan dalam kembara ini..
ameen ameen ya robb





Amat dirindui...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 5:48 AM | 0 comments »



Allah terangkan hatiku, dengan cahaya hidayahMu
seperti terangnya bumi dengan matahari selama-lamanya


...Rindu...
amat rindu zaman kecik-kecik dulu ^_^


(adk2ku) Hadrie, Ayunie dan Hazman

Yie..gud luck for SPM nanti..wat molek
windu nop baloh ngan ayu..huhu
(jeles yg amat die ngah cuti panjang sekarang nih)
Man..TAHNIAH man da MERDEKA!!
hari nie dah last PMR...
ehhe
winduuuuuuuuu...nak balikkkkkk=p


windu kat cah T_T
cah dah pandai call ana...minggu nie
boleh dikatakan setiap hari cah call
tapi hari nie cah Xcall ana..T_T




Mengundang Tawa...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 9:09 AM | 1 comments »


Allah terangkan hatiku, dengan cahaya hidayahMu

seperti terangnya bumi dengan matahari selama-lamanya


adik Laila dan adik Fizah ^_^


Periksa camera dulu sebelum liputan bersama
OKU dibuat...(Final Projek k.fiqa)


..time nie ana Xngantok..
Selepas usrah inilah yang akan berlaku
copy "Lagu nasyid" bukan lagu laen ye..


Jangan Salah faham...
Adik Amir bertanya pada ana mane nak letak semua hadiah
tuk pemenang bagi pertandingan bowling 11 okt 2010...
ana dapat tahu ade gambar curi,..DELETE !!!


Bersama adik Fizah selepas
selepas jamuan raya bersama mantan-mantan PUO


Coretan daripada adik Fizah ^_^
memang sorang suka je mengusik ukhti2nya..
Syukran ye dik..kelakar yang amat..

Sematkan ia Di hatimu...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 7:05 AM | 1 comments »

Hanya ALLAH diHatiku


Q: Feelin alone?
A: Innallaha ma ana
(Sesungguhnya Allah bersama kita)

Q: Wishin something?
A: Man jadda wajada
(siapa berusaha dia pasti akan berjaya)

Q: Missing Somebody?
A: Ma fil qalbi ghairullah
(Tiada dihatiku, selain Allah)

Q: erm..evil or do evil
A: Inni akhafullah
(Sesungguhnya aku takut pada Allah)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dengan sedikit KEBERANIAN
KETAKUTAN akan tunduk sebagai pengikut...

Dengan sedikit KERAJINAN
KEMALASAN akan tunduk sebagai pengikut...

Dengan sedikit KESABARAN...KEIKHLASAN...
KETABAHAN diHATImu akan bercambah, berbuah, berbunga kembang
menjadi makhluk yang patut pada perintah PENCIPTANYA ^_^


Belum cuba belum TAHU;
Sudah cuba baru TAHU;

Sematkan ia diHATIMU
.::muhasabbah::.

Taman Jepun

Posted by MusLiMaHaTiKu | 3:47 AM | 1 comments »

Mencari Jejak...

Melihat CiptaanNya...Allahu Akhbar

Nice Place...

Jangan tiru aksi ini ^_^


Syukran pada Along Fad, K.Siti, K.Hanim, K.Aini dan Ainul kerana menemani hati ini ^_^...memang dah lama tak keluar riadah sesama..syukur alhamdulilah
kepada k.syuhada,..akak jangan jeles ye..dok lam kelas tu elok-elok..hehe lain kali kita pergi sesama ye=p





Miss her..

Posted by MusLiMaHaTiKu | 3:12 AM | 0 comments »

Ma...heard attack=p


Windu sama aisyah juga...parah hati betol=p
huhu..

pesanan aisyah : Berhati-hatilah ketika memandu. Walaupun kenderaan yang anda naiki itu basikal=p..budak 5 tahun pown tahu bab keselamatan inikan antum..ye tak??
sayangilah USIA anda ^_^



Hadiah...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 7:00 AM | 1 comments »

May allah bless us=)


Sila KLIK untuk besarkan^_^





"Tidak ada musibah yang lebih besar selain kemalasan dan hilangnya semangat dari hati seseorang untuk berbuat baik. Maka ketahuilah, bahwa dia sedang tertimpa musibah yang paling besar yang tiada lagi musibah yang lebih besar dari itu", Al Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad



Cinta Membawa Ke Syurga

Posted by MusLiMaHaTiKu | 4:47 AM | 1 comments »


Seorang Arab badwi bertemu Rasulullah s.a.w dan bertanya, "Bilakan akan berlaku kiamat ya Rasulullah?" Rasulullah s.a.w tidak menjawab, sebaliknya menyoalnya semula,"Apakah yang engkau sediakan untuk menghadapinya?"

Orang Badwi itu menjawab,"Aku tidak menyediakannya dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa tetapi aku menyediakannya dengan hati yang amat mencitaimu."

Mendengar jawapan orang Badwi itu, Rasulullah s.a.w terus bersabda yang bermaksud : "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak."(Mutaffaq 'alaih)


Alangkah bertuahnya jika cinta kita benar, betul dan tepat...kita akan sentiasa bersama kebenaran dan akan bersama dengan cinta itu di syurga nanti. Sebaliknya, alangkah malangnya jika kita salah meletakkan cinta, kita akan bersamanya di neraka!


Itulah cinta sebenar. InsyaAllah, orang Badwi yang mencintai Rasulullah s.a.w itu akan bersama Rasulullah s.a.w di syurga. Kita akan sentiasa bersama dengan orang yang kita cintai semasa di dunia di akhirat nanti. Itulah kepastian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesungguhnya, mencintai Rasulullah ertinya mencintai Allah . FirmanNya yang bermaksud: "Sesiapa yang mencintai Allah, maka ikutlah aku." (surah Ali Imran 3:31)

Sahl bin Abdullah berkata,"tanda cintakan Allah adalah cintakan Al-quran, tanda cintakan Al-Quran cintakan Nabi s.a.w, tanda cintakan Nabi s.a.w adalah cintakan sunnah Baginda, tanda cintakan sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat, tanda cintakan akhirat adalah Tidak mencintai Diri Sendiri, tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci Dunia, dan tanda benci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup."



Al-Fatihah...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 7:02 AM | 2 comments »

Belakang dari kiri: Syazril, Syazwan, Syazmin dan Syazim
Depan dari kiri: Syazani Fitri, Ain Syamilah, Syamimi dan Syahiran

Anak Exco Kedah meninggal dunia kerana kemalangan

SUNGAI PETANI - Anak kedua Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan Kedah Dr Hamdan Mohamed Khalib meninggal dunia malam tadi selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bukit Selambau dekat sini, Khamis lalu.

Syazmin Hamdan, 16, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim di sini kira-kira pukul 10.45 malam setelah tidak sedarkan diri lebih 24 jam.

"Dua orang anak saya terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Bukit Selambau kira-kira pukul 3 petang Khamis lepas," kata Dr Hamdan ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata semasa tiba di tempat kejadian, kereta Produa Kelisa yang dipandu anak sulungnya, Syazwan, 18, bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

"Syazwan cuba mengelak lori tersebut, tetapi mereka terbabas masuk ke dalam parit," katanya dengan linangan air mata.

Dr Hamdan berkata kejadian itu berlaku selepas Syazwan dan dua lagi rakannya pergi mengambil Syazmin yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik.

Bagaimanapun, dua lagi rakan anaknya itu mengalami cedera ringan dan telah dibenarkan keluar hospital.

"Jika dilihat daripada keadaan anak-anak saya, anak sulung saya lagi kritikal kerana selepas kejadian dia tidak sedarkan diri sehingga hari ini.

"Selepas kejadian, Syazmin masih sedar dan boleh menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku kepada saya. Tidak sangka pula dia (Syazmin) yang akan pergi dahulu," katanya.

Katanya selepas kejadian, keempat-empat mangsa dibawa ke Hospital Sik sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim.

"Saya reda dengan ketentuan Ilahi...tak tahulah nasib anak sulung saya macam mana lagi kerana dia masih dirawat di ICU. Saya harap agar Syazwan akan sembuh," katanya dengan nada sebak.

Jenazah Syazmin dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Kampung Merbok dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Sinar Harian 5/9/2010

Semoga Cek De dan Ayh De thabah menghadapi ujian dariNya..

Mohon doa kalian..moga2 Syazwan cepat sembuh, ameen.




Ujian...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 5:40 AM | 4 comments »

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulilah...esok pUo dah start cuti..insyallah selama 2minggu..semua kerja-kerja rumah telah ana selesaikan...hehe. Semangat nak baliklah katakan..cuma tak berkesempatan membuat halaqoh dengan adik- adikku..maafkan kakakmu yang sentiasa kekangan masa nih..tapi tidakku lupa ada buah tangan yang diri ini tinggalkan untuk kalian(bekalan rohani selama 2 minggu mungkin) hehe. Insyallah "Surat Cinta" itu jadi pengganti diri ini.

Tadi dapat call dari adk zatie.."Terima kasih akak, Ustazah cakap terima kasih! sebab bagi kad raya..ustazah senyum jee"katanya pada ana. Syukur alhamdulilah moga-moga senyuman itu terus dan terus mekar berpanjangan, ameen.

Tadi ana teman k.Fiqa ke KAMSIS(kampung siswa siswi) dalam erti kata lain ialah asrama, jumpe KKA(adk2 kurang upaya, 'panggil KKA sebab adk2 nie smua jurusan KEJURUTERAAN AWAM') dalam erti kata lain ialah OKU...biasalah bagi kami student last sem kena siapkan final projek...dapat pulak MULTIMEDIA..jadi ana cadangkan pada k.Fiqa buat CD interaktif BAHASA iSYARAT...alhamdulilah semua berjalan lancar..adik-adik KKA semua bagi kerjasama yang amat baik pada kami. Alhamdulilah






Tadi ayh ada call..katanya jam 3 petang tadi, sepupu ana kemalangan..Syazwan masih dalam keadaan koma dan Amin patah kaki..Syazwan drive kereta, Amin kat sebelah..nak elak lori kat hadapan, kereta masuk gaung..Subhanallah,.hanya itu yang keluar dari mulut ana...
Subuh nanti ayh dan Haikal sampai, ana akan ambik ayh kat medan Gopeng..Insyallah kami akan pergi ziarah mereka kat Kedah. Moga Cek De & Ayh De thabah menerima ujian ini.




Cerpen Sempena Ramadhan

Posted by MusLiMaHaTiKu | 12:10 AM | 2 comments »


Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.

Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:

Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?

Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.

Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…”

Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.

Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.

“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”

Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelamatkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.

Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..

“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”

Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.

Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.

Najwa terkedu.

“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.

“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.

“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.

“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.

Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).

Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!”

Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”

Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”

“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”

“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.

“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.

“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannya fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”

“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata.

Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti…”

Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……”

Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”

Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulullah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”

“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..

..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa.

Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!

Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.

copy dari Al-Hidayah ^_^




Followers

Daisypath Anniversary tickers