Selamat Menempuh Alam Perkahwinan buat kekandaku Amalina...insyallah, akad nikahnya pada hari Khamis nie di rumahku. Subhanallah, cepatnya masa berlalu, dah besar rupanya anak ma&ayah nie..hehe. SELAMAT PENGANTIN BARU dari adikmu, hadiah ana dah beli tapi ana sorok lagi Xnak bagi..hehe, tapi tadi time nak sorok da terkantoi la plak! aduh..ana tahu k.na kuat semangat dan tabah orangnya. Moga dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehidupan berumahtangga kelak.ameen.

Assalamualaikum...
Salam seluas lautan buat semua...
Syukur alhamdulilah kita masih diberi peluang bernafas dibumi Allah ini...
Disini ana ingin mengucapkan SELAMAT BERKURSUS buat adik-adik kamsis sesi JULAI 2010...
Buat adik-adik yang baru nak mengenali dunia exco selamat datang akak ucapkan...hehe, antum da TAK boleh manje-manje lagi dah. GALI lah ilmu yang ada pada akak-akak & abang-abang, belajarlah dari mereka selok belok ilmu kepimpinan. Pesan akak JANGAN sesekali ikut apa yang akak-akak dan abang-abnag buat tapi IKUTLAH apa yang mereka cakap kerana belum tentu yang dicakap akan dibuat. (^_^)
Buat adik-adik semester 3. Rindunya akak pada antum. Rindu cikit je tak banyak..hehe. Ingatlah pesanan ukhtimu ini..Antum sudah ada pengalaman dalam organisasi sebelum ini..Jangan sesekali mensia-siakan pengalaman antum itu, tambahkan lagi ilmu kepimpinan didada kalian kerana akan tiba masa antum pula yang akan memimpin adik-adik kelak. Perbaikilah apa yang silap sebelum ini supaya akan datang takkan berulang lagi perkara yang sama. Solat itu perkara utama, Jangan nakal-nakal..hehe ^_^
Buat adik-adik yang baru pulang dari PRAKTIKAL DAN KEATAS. TAHNIAH!! akak ucapkan pada kalian kerana telah berjaya dalam ujian IMAN serta SELAMAT KEMBALI ke PuO untuk menyambung rantai perjuangan ISLAM..apalah sangatkan pengorbanan yang kita lakukan jika nak dibandingkan dengan pengorbanan PEJUANG-PEJUANG islam yang terdahulu, masyallah..subhanallah mereka sungguh hebat!! Satu pesan akak, Jaga HATI ^_^
Mungkin disini,
Allah mahukan dikau sentiasa kuat dan bertenaga,
Dugaan itu sebagai cabaran,
Islam itu sebagai cara hidup,
Redha itu kunci kehambaan.
Aku menyanyangimu adik-adikku.
SEMANGAT MESTI KUAT!!
WE PEJUANG!!! STILL STRONG FOR AGAMA ALLAH ^_^
p/s: Kepada adikku ainul dan sahabatku erin, selamat berprogram! jadi fesi leklok..buli dieorang cukup-cukup..lalala..k.iera ku sayang, kuatkan semangat ye! ALL THE BEST buat semua ^_^
assalamualaikum...
alhamdulilah akhirnya ana dapat jugak jumpa ngan kawan sekelas ana masa form 5 dulu...walaupun kami jumpe berempat je..lalala okey wat? huhu
ana dulu belajar akaun tapi beralih bidang kepada teknologi...mungkin coz ana kurang suka akaun..haha..pening wat dokumen sumber kot..ingat lagi formula akaun yang Tcer ajoo LEBAH !..haa jangan main-main oleh kerana sekolah kami kekurangan cikgu akaun jadi Tcer la ambik alih...
L= Liabiliti E= Ekuiti Pemilik B= Belanja A= Aset H= Hasil
perancangannya nak buat reunion 5TV (Teknik Vokasional) tapi ramai kekawan ada urusan lain...maklum laa ada yang dah berkeluarga, ada tengah kerja & ada yang masih belajoo..hehe
ana la tu yang masih belajar lagi...hihi
berkeluarga?..masyallah..tak tahu bile, tanya yang lebih berhak! Allah tahu jawapannya..
bekerja?..haha nie ana suka..memang ana tengah keje..tolong ma jaga kedai..hehe sambil2 ulang alik hospital tuk terapi..huhu
memang diriku tak boleh duduk diam...
ada je keje nak buat..hehe
moga-moga Allah permudahkan segala urusan...ameen
ingat tak kali pertama kita bertemu?
Pada hari pertama latihan perlumbaan...
Boleh pinjam tuala awak tak? Awak minta tuala..saya telah tertarik oleh sikap ceria ini ! Suka tengok pada senyuman awak.. Suara yang sangat kuat menjerit ketika perlumbaan tu saya suka Jadi jangan berubah... Saya harap awak gembira, hati gembira Gembira kerana dapat berkenalan dengan kamu walau seketika..
***********************************************************
Suka pura- pura berlagak! Sebenarnya dalam hati kamu sangat lembut. Saya ingin bercakap lebih dengan awak lagi..moga kita akan bersua kembali, sila jaga diri.
***********************************************************
Terima kasih cikgu.. Minta cikgu terus begini.. Tegas dan mesra sehingga akhir, jangan berubah! Ini harapan saya.. Boleh bertemu cikgu contoh yang baik, saya rasa bahagia.
***********************************************************
Tunggu dengan hati yang sabar. Tiada berat, tiada haba..apakah itu dosa saya? Bangun pagi saya mesti menangis!, bukan kerana sedih hati tapi kerana saya mesti berdepan dengan masa sekarang dan akan datang...masyallah! subhanallah! Mampukan saya?..kalu tak menangis rasa kurang keyakinan diri untuk menempuhinya. Menangislah kerana ia dapat menenangkan hati. Akan saya lupakan sikit demi sedikit..kenangan itu. Nak ingatkan semua pasti terasa letih. Enggan lupakan atau tak dapat melupakan, manusia kena melupakan hal yang sedih barulah mampu untuk terus hidup. Terasa sudah cukuplah dengan semua nie. Terlalu gagah untuk menghadapi hal ini. Adakah ini kata-kata.. Saya minta maaf..sangat-sangat minta maaf. Mungkin salah dalam pertuturan.
“Jadi ulat yang suka menangis yang enggan mengaku kalah dan suka jaga air muka tapi cacing yang juga suka menangis dan degil itu..akhirnya bertindak dengan cara tersendiri..” saya akan berusaha menghargai setiap detik yang ada sebaiknya kerana hakikatnya kita milik Allah.
Saya ingin buat demikian walaupun pada saat akhir.
Melihat langit yang kebiruan itu Melihat bulan mengira bintang pada malam hari.. Melihat ros berkembang mekar dalam wangian...
Sikap degil, paksa diri itu..mohon maaf, saya akan sebegini selamanya. Tangan terasa lali, keras tak dapat nak menulis, terasa diri masih manja lagi...
“Setiap jiwa pasti akan merasai kematian dan untuk kamu, kami datangkan dengan yang buruk dan yang baik untuk ujian, dan kepada kami nanti kamu akan dikembalikan” Al-Anbiya, ayat 35
Kepada awak yang masih hidup berterusan... Kalau saya tanya kenapa musim panas akan berakhir? Saya jawab ia untuk gugurkan daun-daun. Kalau saya tanya awak..apakah kegunaan kejatuhan daun-daun itu? Saya akan jawab, ia melembapkan tanah bumi. Kalau awak tanya kenapa adanya musim bunga? Saya akan jawab, ia akan mengukirkan ketenangan dan senyuman awak yang melihatnya. Awak tanya lagi kenapa daun begitu hijau? Saya jawab kerana ia penuh dengan tenaga.
Mana dia yang selalu disamping awak?..saya tak ada jawapan sebab saya tak nampak, ia ada dalam hati awak...
“Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang akuu, maka jawablah sesungguhnya aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahku dan hendaklahmereka berimankepadaku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al-Baqarah-Ayat 186
KUATKAN SEMANGAT !
TABAHKAN HATI !
Sungguh Allah adalah dekat ^_^
Cebisan watak dan perasaan dalam drama jepun yang ana tonton...
Daku putar belitkan ayat..hehe
Moga dapat kongsi sesuatu...












