Ayah dan iBu

Posted by MusLiMaHaTiKu | 3:30 AM | 0 comments »

Assalamualaikum...
Ma & AyoH...
2 permata ini laa yang melahirkan 8orang anak,..(4 lelaki & 4 permpuan)
membesarkan anak2 dengan penuh kasih sayang,Xpenah berkurang
Sungguh...kagum kami terhadap permata ini
Sungguh...kami sayang permata ini
Sungguh...Xdapat dicari,Xdapat diganti..
Kami cukup bertuah memiliki permata sepertimu
Kami Xdapat mengambarkan bagaimana sayangnya kami terhadapmu...
kami sentiasa mendoakan kasejahteraanmu...
Doa kami
Moga permata ini sentiasa bahagia di dunia & diakhirat
Moga sentiasa tabah & penuh kasih sayang
Moga rahmat ALLAH sentiasa bersama kalian
Lov u Ma & AyoH(^o~)




Seguris Terasa

Posted by MusLiMaHaTiKu | 4:32 AM | 0 comments »


Entahkan mengapa,biar ringkas bicara nya, seribu kesan di hati..

"Assalamualaikum," sana.
"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.
"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.

"Fasal apa?" sini.
"Sibuk ke? sana.

"Agak," sini."Ok," sana."Allah ada," sini."Tahu," sana.
"Allahlah tempat mengadu," sini.
"Ya baik," sana.
"Bangun. Malam ni.
Jom sama," sini.
Senyap.
Ada tangis di situ.

"Kan bagus kalau ade di sini," sana.

"Tak bagus pun," sini. "Kenapa?" sana.
"Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh," sini.
"Bila dekat asyik nak gaduh," sana.
Tergelak dalam sebak.
"Rindu sebenarnya," sini.

"Kenapa tak cakap?" sana. "Saje.
Nak didik sabar.
Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.

Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga.
Berjuraian.

moga hati tak berbelah bahagi, Allah lah pemilik hati ini..~ameen~



Salam LEBARAN

Posted by MusLiMaHaTiKu | 1:11 AM | 0 comments »

Assalamualaikum...
alhamdulilah setelah 30hari kita berpuasa..Esok seluruh ummat ISLAM akan menyambut kemenangan..1 Syawal,
Sehubungan dengan itu..ana ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR & BATIN" kepada muslimin dan muslimat,..terutamanya kepada semua pengunjung blog ana...Moga rahmat ALLAH sentiasa bersama kalian...ameen






Dilema Malas Sembahyang

Posted by MusLiMaHaTiKu | 6:15 PM | 0 comments »

Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,

Apasal laa aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang, Ingat
masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!


Jendela Hikmah: Sikap berbaik sangka nilai persahabatan sesama insan
Oleh Dr Rohaida Othman


PERNAHKAH anda mengalami situasi pekedai terkurang memulangkan wang baki dan apabila menyedari perkara itu, beliau meminta maaf dan memberi jumlah yang betul?


Reaksi kita kepada situasi ini berbeza, ada yang tidak kisah, setengahnya pula berasa prasangka seolah pekedai sengaja hendak menipu pelanggan mencetuskan perasaan tidak puas hati.

Kenapa sukar untuk kita menerima maaf yang dipinta kerana kesilapan adalah perkara lumrah dalam diri setiap insan.

Dalam bukunya yang tersohor, Bimbingan Mu’minin, Imam Ghazali menggariskan beberapa hak persaudaraan dan persahabatan, antaranya adalah ‘hak pengampunan’.

Beliau mengunjurkan supaya keterlanjuran sahabat dalam hal agama boleh ditegur secara lemah-lembut.

Sekiranya nasihat itu tidak diendahkan, selepas berkali kali, maka menurut sesetengah pendapat ulama salaf, hendaklah kita memutuskan perhubungan dengannya.

Manakala ulama yang lain berpendapat, boleh diteruskan perhubungan dan rasa kasih sayang dengannya, tetapi harus membenci segala kelakuannya yang buruk itu.

Harga minimum sebuah persahabatan ialah kita berbaik sangka dengan dan nilai tertinggi persahabatan, mengutamakan sahabat lebih dari diri kita sendiri.

Bagaimana dengan keterlanjuran atau kekasaran sahabat terhadap diri kita pula? Imam Ghazali berpendapat, tiada keraguan lagi keutamaannya ialah sahabat tadi dimaafkan dan segala kesulitan dari sikap sahabat ditanggung sepenuhnya oleh kita.

Berat sungguh saranan itu tetapi dalam usia yang matang dan melalui perjalanan jauh membuatkan saya tertanya mengenai panduan berharga ulama ini.

Tidak mungkinkah di sana ada insan yang akan mengambil kesempatan terhadap sifat pemurah kita mudah memberikan kemaafan itu? Sehingga kita sentiasa dipandang remeh dan perasaan kita tidak pernah diambil kira.

Seorang pakar motivasi pernah berkata, “Untuk maju ke hadapan, kenal pasti peristiwa lama yang mencengkam diri kita. Sukar untuk memaafkan akan menimbulkan dendam. Dendam inilah akan mencengkam diri kita.”

Kata beliau lagi, untuk melepaskan diri diri dari cengkaman perasaan ini kita boleh lakukan tiga perkara secara berperingkat iaitu terima kenyataan perkara yang berlaku sebagai takdir, maafkan orang yang melakukannya dan lupakan kisah itu.

Ketiga saranan ini berat untuk dilaksanakan kerana ia berkaitan dengan hati yang perlu dibelai untuk memaafkan.

Dalam masa sama, kita letakkan diri kita sebagai orang yang memandang remah terhadap perasaan orang lain. Kita boleh merubah paradigma mengenai hal kemaafan ini.

Sekiranya secara secara sedar atau tidak kita telah bersikap sedemikian iaitu menganggap kesilapan terhadap sahabat kita boleh dimaafkan dengan mudah dan dilupakan dengan sebegitu mudah, maka kita perlu berfikir semula. Elakkan melukakan hati orang orang lain seperti kita tidak mahu dilukai.



Lawak Santai(*0^)

Posted by MusLiMaHaTiKu | 5:58 PM | 0 comments »

Mengapa Ketiga-Tiga Mayat Tersenyum

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


Kisah Si Kambing


Pada suatu hari, ada seekor kambing sedang duduk duduk berehat di sebatang pokok kelapa bersama seekor siput. di pendekkan cerita sang kambing pun mula bercerita kepada sang siput tersebut akan kehebatannya yang boleh memakan bermacam macam jenis daun termasuk daun terup.

"aku dulu pernah bertapa dekat gunung semanggol " Kata kambing memulakan cerita. " dua bulan aku kat sana, Tok guruku ajar aku bermacam macam teknik dan skill untuk servive (survive!!!) antaranya teknik pernafasan singkat (tuk mengelak bau badan), skill terajang yang hebat (menyelamatkan diri dari tuanku), skill mandi sungai cara flash! (paham-paham jelah), dan macam macam lagi lah.

"huh! hebat betul la kau kambing, takjub aku kat kau ni" kata siput sambil ternganga bercucuran air liurnya." tapi semua skill dan teknik yang kau cakap tuh takda kene mengena dengan kau punya cerita yang boleh makan semua jenis daun tuh!!. Muka si kambing yang pada mulanya ceria bertukar kesedihan. " tapi... tapi semua skill itu semua tak berguna bagiku, kerna habis je 2 bulan tuh aku balik dan terus makan segala apa yang ada di kandang tuanku, aku menyesal... menyesal, aku takkan lari lagi daripada tuanku. siput bertanya " kenapa kau menyesal?? kambing pun menjawab " dua bulan aku tak makan... "


Pak Mertua Action


sorang anak gadis telah bertemu jodoh dengan sorang mat saleh dari London.apabila dah berkahwin,maka menantu tadi pun ajak la pak mertua ni tinggal kat London untuk beberapa hari.Pak mertua yang juga merangkap Ketua kampung tu pun, amat bangga kerana akan menjejakkan kaki ke negara asing buat pertama kalinya.Sekembalinya ke kampung, maka dengan penuh bangga, Tok ketua lunch kat hotel 5 bintang,(tidak lagi seperti selalunya lepak kat warung jer). Tok ketua ajak sekali member2 kamceng dia, konon nak belanja lar tuh.So,bermulala ke'action'an Tok Ketua dalam memperlihatkan kemahirannya berbahasa inggeris.

pelayan : selamat datang ke Cafe hotel. Boleh saya ambil pesanan?

Tok Ketua ; emm tengs.Gib mi a kap op kopi.

pelayan ; oo..pakcik nak segelas kopi yea.

tok ketua ; yis. i olredy tel u,m i rite.

pelayan ; maafkan saya pakcik.

tok ketua ; its okeh.

pelayan ; pakcik nak makan apa?

tok ketua ; gib me rice cooker..(yang dimaksudkan tok ketua adalah nasi ayam)

pelayan ; maafkan saya pakcik.cafe tidak menyediakan rice cooker untuk d makan.

tok ketua ; wat? wat kind op kepe is dis!! u a stupit.

pelayan yang bengang terus bertukar menjadi transformers dan mengunyah tok ketua.heheheh

Menuju Ketenangan Jiwa

Posted by MusLiMaHaTiKu | 6:22 PM | 0 comments »



Assalamu'alaikum..

Marilah kita sama2 mencari ketengan jiwa.. Firman Allah SWT maksudnya:

"Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang Rabbani (orang yang sempurna ilmu dan taqwanya kepada ALLAH), kerana kamu selalu mengajarkan al-kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya"(Ali-Imran:79)

Cahaya ilmu, iman dan ketaqwaan itu mempunyai kekuatan menghidupkan jiwa, fikiran, fitrah serta moral menjadi normal kembali kepada kebenaran yang disampaikan oleh ALLAH SWT.

Memberi kekuatan kepada masyarakat untuk menciptakan suasana yang sihat baik dalam bentuk tingkah laku dan keperibadian mahupun dalam bentuk ibadah kepada ALLAH SWT.

Cahaya keimanan yang menuju kepada ketenangan jiwa hanya dapat dimiliki oleh mukmin yang patuh sehingga ia merasakan manisnya iman itu, antaranya:

1) Keyakinan yang betul dan bersih, bebas dari kemusyrikan, kebodohan, boros, ujub dan membanggakan diri sendiri serta tidak ikhlas.

2) Fikirannya menjadi kuat, sihat, bebas dari pengaruh hawa nafsu yang durjana dan kesesatan.

3) Mempunyai hubungan yang baik antara sesama manusia dan alam persekitaran serta saling bantu membantu sesuai dengan kebolehan masing2. dapat mmbentuk masyarakat yang maju dalam segala aspek kehidupan, mempunyai nilai kebajikan, adil dan dapat dinikmati secara bersama.

4) Menjadikan orang mukmin itu sebagai umat yang berkualiti, mampu mewujudkan kesejahteraan dunia dan memcapai kebahagiaan di akhirat.

5) Wawasan akhirat merupakn matlamat terakhir, dengan menggunakan kemudahan2 yang diberi oleh ALLAH di dunia ini sebagai saranan menuju kepada kebenaran dan kebahagiaan yang sebenarnya.

Cahaya keimanan itu juga dapat menghalang berbagai perasaan cemas dan takut yang sentiasa mengganggu perkembangan jiwa manusia, seperti takut menghadapi masa tua, sakit, kemiskinan serta takut menghadapi kematian.Beriman kepada ALLAH dengan melakukan segala kebajikan, maka segala sesuatu yang dapat menimbulkan keluh kesah dapat dielakkan.

Kemudian kita siapkan diri menghadapi hari akhirat, jika beriman akan dimasukkan kedalam syurga NYA. Di dalam jiwa mukmin yang benar-benar mematuhi perintah ALLAH pasti akan menemui ketenangan jiwa dan tidak akan merasa takut dan cemas.

Ingtlah ketenangan jiwa berada dalam diri sendiri. Gunakan fitrah kebaikan untuk mengabdi dan menyembah hanya kepada ALLAH SWT. Tuntutlah ilmu, kuatkan iman, banyakkan beribadat agar umat ISLAM tida tertindas oleh nafsunya sendiri dan oleh orang-orang kafir.SEMOGA KETENANGAN JIWA MILIK KITA..



Kisah menyayat hati

Posted by MusLiMaHaTiKu | 6:07 PM | 0 comments »

KISAH MENYAYAT HATI

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan.

Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. "Hai... hentikan
suara jelekmu! Hentikan... !"

Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya.

Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang.

Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahananyang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia alu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah
wahai ustaz... InsyaALlah tempatmu di Syurga."


Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap,

"Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, ALlah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu
aku termasuk manusia yang amat bodoh."


Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika
itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu, hai
laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!"ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah.

Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati.
Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat
tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur.

Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang
telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.

"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut
tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.

Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian
kaum muslimin di
Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia.

Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat
pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.

Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.

Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid
semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah
ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih. "Hah... siapa namamu budak,
cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar.

Tiba-tiba "Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu.

Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu."

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata.
Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.


Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang
melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... " Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat.

Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh
tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya.

Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara
Roberto meminta belas.

Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk
akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.

Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di
sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu," Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal
kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah... '. Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini.

Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, 'Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya... "


Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.

Benarlah firman Allah...

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALlah, tetaplah atas fitrah ALlah yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah ALlah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS>30:30)


Syeikh Al-Islam Turki yang terakhir iaitu As-Syeikh Mustafa Al Basri telah menegaskan dalam bukunya ...

Sekularisma yang memisahkan ajaran agama dengan kehidupan dunia merupakan jalan paling mudah untuk menjadi murtad.

Keanehan-keanehan Peminta Sedekah

Di antaranya kisah seorang peminta sedekah yang datang ke sebuah rumah, lalu berseru: “Wahai tuan yang empunya rumah...” Belum sempat dia meneruskan perkataannya, tuan rumah telah bangun meninggalkannya sambil berkata: “Semoga Allah melapangkan engkau.”

“

Wahai tuan rumah! Alangkah baiknya kalau engkau mendengarkan apa yang akan kukatakan terlebih dahulu. Barangkali aku datang untuk menjemputmu ke majlis kenduri kahwin.” kata si peminta sedekah. *

( ii )

Diceritakan pula bahawa seorang peminta sedekah berdiri di hadapan pintu sebuah rumah kerana mengharapkan sesuatu.
“Semoga Allah melapangkan engkau. Kami tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada engkau.” kata tuan rumah.

“Sisa-sisa makanan pun jadi.” kata si pengemis.

“Kami tidak punya.” kata tuan rumah.

“Sedikit gandum atau syair pun jadilah tuan.”

“Kami tidak punya.”

“Secawan susu atau zait?” kata si pengemis.

“Kami tidak punya.”

“Kalau begitu, berilah saya sedikit air suam saja.”

“Kami tidak punya apa-apa.”

“Kalau begitu, apa yang engkau buat di dalam rumah ini? Pergilah keluar mengemis. Kalian lebih patut menjadi peminta sedekah daripada saya.” kata si pengemis lalu pergi. *

( iii )
Syekh Syihabuddin menceritakan pula bahawa seorang pengemis telah berseru di hadapan sebuah rumah: “Tuan, kami lapar, berilah sesuap makanan.”

“Engkau berbohong.” kata tuan rumah.

“Betul tuan. Kalau tidak percaya, tuan boleh
cuba aku dengan dua kati roti dan dua kati daging. Nescaya ia akan habis sebagai tanda bahawa kami betul-betul lapar.” kata si pengemis. "



Ku Tak Mengerti Apakah Aku Berdosa??

Posted by MusLiMaHaTiKu | 11:44 PM | 0 comments »

Namaku Eddie.Di sini aku ingin menceritakan serba sedikit tentang kisah hidupku yg penuh dgn dugaan dan cabaran.Aku di lahirkan di sebuah kampung yang terpencil jauh di pedalaman.Kampungku bernama Kampung Pening Cicak yg terletak di sebelah Jawa Tenggara, aku pun tak tahu Jawa Tenggara tu kat mane(mungkin dekat dgn negara Isketampingpong kot).Aku adalah anak yatim piatu.Bapaku telah meninggal dunia kerana dipukul orang.Kini aku tinggal bersama ibuku.Kami hidup dlm keadaan miskin, hidup kami hanya mengharapkan belas kasihan makhluk Allah.Pada suatu hari, ibuku telah keluar mencari rezeki pada sebelah pagi, tetapi pada hari itu hatiku berasa tidak sedap(mungkin kurang garam).Aku takut ada sesuatu menimpa ibuku.Tiba-tiba pintu dikuak, naik kecut aku.Rupa-rupanya ibuku sudah pulang tetapi dia kelihatan tidak bermaya..Aku terus mendapatkan ibuku.Dia menceritakan yg dia telah dipukul.Aku tahu ini semua angkara keluarga Pak Dol kerana semasa arwah ayahku masih hidup, ayahku ada berhutang darah dgn keluarga Pak Dol.Tetapi tidak cukupkah dengan terbayarnya nyawa ayahku?Aku tak mengerti adakah kerana kami miskin, kami harus dipukul dan dicaci??.Selepas beberapa hari ibuku dipukul, dia meninggal dunia.Oleh kerana terlampau sedih dan marah, aku mengambil keputusan untuk menyerang keluarga Pak Dol.Setibanya aku di rumah Pak Dol, belum sempat aku berbuat apa-apa, aku di tampar oleh Pak Dol.Tidak cukup ditampar aku dihina, dicaci dan dipijak.Aku tak mengerti adakah aku yg berdosa.Berdosakah aku dilahirkan menjadi seekor nyamuk aedes??


Begitulah serba sedikit tentang kisah hidupku...





Sakit hapuskan dosa

Posted by MusLiMaHaTiKu | 11:20 PM | 0 comments »


DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”

Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”

Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”

Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).




Permaisuri Hatiku

Posted by MusLiMaHaTiKu | 5:17 AM | 0 comments »

Followers

Daisypath Anniversary tickers