Jangan Malas!!!hehe

Posted by MusLiMaHaTiKu | 5:23 AM | 0 comments »

Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..


hilangkan semua stress..


pusingkan kepala...


tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...


akhir sekali
buat joget kucing...

SELAMAT MENCUBA.... =)

Tutup tp X Tutup...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 11:19 PM | 0 comments »


(Peringatan pada kaum muslimin)

- kain @ seluar terlalu ketat
- tudung x menutup dada.
- Lengan baju pendek
- Tidak gune sarung kaki (stoking)
- Pakaian menampakkan susuk badan.
- Pemakaian tudung yg menampak kan rambut (Dengan sengaja)


Mengikut kata Al- Quran dan Hadith.

- “Hendaklah mereka tutupkan tudung mereka ke leher dan dada mereka” (an-Nur : 31)
- “Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka supaya mereka lebih mudah di kenal orang,
kerana itu, mereka tidak di ganggu” (al-Ahzab : 59)
- “Hai anak kerurunan Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan.
Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik.” (al-Ahzab : 26)
- “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia,
melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangannya.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Congra...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 9:28 PM | 0 comments »

Assalamualaikum wbt.

Suka untuk memulakan point dengan hadith 27 dari himpunan hadits arbain karangan Imam Nawawi

mafhumnya: Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau
benci orang lain mengetahuinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu
Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.

Daripada hadith ini, Nabi pesan kat kita sepaya berfatwa dengan hati kita sendiri. Dalam erti kata lain, dalam membuat apa-apa keputusan, buatlah keputusan berdasarkan apa yang kita rasa dari hati kita, sebab hanya kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Minat boleh dibentuk dan dipupuk dengan masa. Maka, cita-cita juga ana rasa boleh berubah..asal ada usaha dan kemahuan.
TAHNIAH
buat adkku ayunie,sepupuku asma' n faiz coz dapat masuk UiAM...
mooga rahmat ALLAH milik kalian

ILMU DAN TUNTUTANNYA

Posted by MusLiMaHaTiKu | 11:34 PM | 0 comments »



الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله واصحا به اجمعين

Melangkah ke bumi Anbiya' dengan niat untuk menuntut Ilmu kerana Allah swt. bermakna kita telah menanggung satu tugas yang berat.

Firman Allah taala :
ولولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا فى الدين ولينذروا قومهم اذا رجعوا اليهم لعلهم يحذرون
Maksudnya :
"Hendaklah ada di kalangan mereka satu golongan yang keluar untuk memahami agama dan memberi peringatan kepada kamu mereka apabila pulang kepada kaum mereka, mudah-mudahan mereka beringat." (At-Taubah : 122)

Kewajipan Setiap Muslim
Tuntutan (التفقه فى الدين) bukan setakat berjaya membawa segulung ijazah semata, sebaliknya kita juga mestilah :

Mampu menguasai ilmu (التعمق فى الدين )

Memahami (الفهم به )

Mengamalkannya (العمل به )

Menyampaikan kepada masyarakat (الدعوة به )

Mengubah Masyarakat kembali kepada Islam yang sebenarnya (اصلاح المجتمع )

Dr. Yusof Qardawi di dalm bukunya (واجب الشباب المسلم اليوم ) telah menggariskan
bahawa , empat kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap individu muslim ialah:-

Memahami Islam (فهم السلام )
طلب العم فريضة على كل مسلم و مسلمة
"menuntut ilmu adalah diwajibkan ke atas individu muslim mahupun muslimah"

Beramal dengan Islam (العمل به )
يأيها الذين آمنوا وعملواالصالحات
"Wahai orang-orang yang beriman dan beramal soleh/ kebaikan"

Menyampaikan Islam (الدعوة به )
ادعو الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة
"Serulah kepada agama tuhanmu dengan hikmah serat bertimbang rasa dan perangi mereka dengan sebaiknya "

Berjamaah (الترابط )
التزم جماعة المسلمين و امامهم
"Berpeganglah kamu dengan jamaah muslimin dan kepimpinannya "


Pada keseluruhanya ia adalah berhubungkait antara satu sama lain, di mana kita tidak akan dapat mengamalkan Islam tanpa memahami apa itu Islam terlebih dahulu.

dipetik dari halaqah.net

Coretanku Khas buatmu…

Posted by MusLiMaHaTiKu | 12:34 AM | 0 comments »


Assalamualaikum wbt..

Pertamanya ana ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki jika sekiranya sepanjang ana berada di unit ini membebankan “P”,ana hulurkan dengan jutaan kemaafan.Jauh disudut hati rase cam tak layak menulis coretan ini tapi atas dasar rasa cinta dengan saudara seakidahku tapi ana kuatkan tekat untuk meneruskan coretan ini.

Ana pun tak tahu kenapa hati ini tergerak menulis coretan ini khas buat “P”.Sepanjang bekerjasama ngan “P”,..jauh disudut hati ana,.ana kagum dengan “P”,..”P” boleh buat banyak perkara dalam satu masa,masuk je ofis terus bagi keje pada ana..sampai Xcukup tangan ana dibuatnya!! ade2 je keje ne ana buat…boleh dikatakan smua keje die ana buat!!DIA?!pas je bagi keje terus kuar ntah kemana!!,selalu je Xde kat ofis,mgkin banyak “tahi lalat” kat kaki kot..hikhik,tu yang slalu kuar,..kalu “P” ade kat ofis nih,..sokseksoksek….Xberenti becakap!!mmg betol laa Xde insuransss….huhu(maaf)

Walaupun mulut anugerah ALLAH bagi pinjam pada kita sebagai hambanya kekadang kita tidak dapat mengawalnya.Sebagai manusia kita memang banyak kelemahan…tapi tak bermakna kita terus lemah,..kena laa tambah ilmu untuk menyembunyikan kelemahan diri.
Sebelum ana melangkah ke unit ini,ana ada juga bertanya kawan-kawan yang pernah menjalani Latihan Industri kat sini ,..rata-rata kata “okey jee,best sesangat tapi 1 je tak best!! Coz “P” katanya” , Xkurang juga ramai yang pesan,”ko mira kalu nak Li kat situ nanti hati-hati laa ngan ”P” tu”,...cam pelik laa nape dieorang cakap camtu!?,..ana cuba bersangka baik…(lam takut-takut + bejaga2) jauh disudut hati ana harap semuanya baik,pe yang dieorang cakapkan tu ana harap salah!!.ana akui diri ini seorang yang cepat marah,kurang sabar, ana bersyukur kerana ALLAH mendidik ana tuk belajar bersabar melalui “P”.

Sepanjang bekerja bersama “P” kesabaran ana sering teruji.Terima kasih ana ucapkan(^0^) pada “P”.Syukur padaMu YA ALLAH kurniakan aku insan seperti die.Ana anggap ini semua ujian ALLAH pada ada untuk menjadi seorang yang tabah dan lebih berdikari(ujian IMAN).

Minggu pertama kira okey laa bagi ana coz masih baru lagi..tapi bile pikir balik lagi 2 minggu je ana nak abis practikal,ana pown Xtau camne ana boleh tahan dengan die slame nih(Segala Pujian BuatMU Ya Tuhanku)..coz ana sendiri akui ana memang banyak kelemahan,ana nih jenis yang lambat “pickup”..kalu nak diikutkan ana memang banyak terasa ngan “P”,..tapi ana tak salahkan “P” coz memang ana yang salah,..Cuma ana nak tegaskan disini cara “P” menegur tu je yang salah..Xsesuai,..Xkena tempat!!

kata orang ”kerana mulut badan binasa”,..”terlajak perahu boleh diundur tapi kalu terlajak kata?!”,..pikir2 laa wahai sahabatku!!,. tidak penatkan die menjaja cerita??!adakah adil hanya mendengar sebelah pihak sahaja?? Kenapa terus menerus menyerang tanpa meminta penjelasan?!..Subhanallah..sungguh lemah diriku ini..persoalan itu seringkali berlegar difikiran ana tanpa jawapan,ana sengaja biarkan ia pergi tanpa suara coz ana Xnak ia meracuni fikiran ana…”Sesungguhnya diri ini cukup gerun dengan Pembalasan ALLAH nanti”..(cukup menguji imanku,YA ALLAH kerniakan laa diri ini kekuatan menghadapinya)

Setiap kali “P” marah,ana cube tuk senyum menerimanya.Ana cuba mengawal perasaan ana tuk X melawan kata-kata yang cukup tajam tuk disambut dan pastinya akan cukup dalam bile ia menikam,tapi apekah daya ana tuk mengelak(diri ini kaku menerima bait-bait cemuhannya!!),.selalu je hati yang berishtigfar ini melarang tuk melawan tapi mulut ini lebih dulu melakarkan kata-kata tuk mempertahankan diri,..ana boleh lagi bersabar dengan kutukan n cacian “P” terhadap diri ana tapi jangan sampai mencaci agama yang dianuti ana,da lah!(tu je lam fikiranku waktu tu,memang teruk jugak laa ana kena) kalu ana Xkuat da lama air jernih mengalir.Tapi waktu tu,ana pujuk diri “jangan menangis dengan perkara yang sia2,rugi jee”tol x??hihi..tol..tol..tol..(jadi upin&ipin jup)

Fitnah yang dilemparkan terhadap ana n fitnah yang disebarkan tu boleh merosakkan masa depan ana...YA ALLAH hanya padaMU tempat ku bergantung.(*-*)

Tidakkah kejam namanya??!Astarfirullah…tak terucap disini pe yang dituturkan die.Ana cube melupakannya,cube tuk tidak simpan ia dihati kerana ana tau sekirannya jika ana buat begitu,..sifat dendam akan bercambah dihati kecil ini,..TAK NAK TAK SUKA SIFAT SYAITAN!!!
Sape laa ana tuk menegur “P”,ana sedar sape diri ana.”P” lebih berumur dari ana,lebih berkuasa dari ana,sedangkan saya hanya seorang budak yang mentah,seorang pelajar practikal…(YA ROBB kurniakan laa ketabahan dihatiku,KAU ampunkan laa dosa2 nya YA ROBB…)

“ Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

Surah as-saff( ayat 2-3)

Pe yang ada didunia ini adalah sementara,..sebagai pinjaman,..jangan laa kita tertipu…bumi ini ibarat destinasi pelabuhan tuk mengisi “amalan yang ikhlas kerana ALLAH” jauhkan diri dari sifat tidak elok (SIFAT SYAITAN LAKNATULLAH!!)

Sekadar peringatan bersama kerana tangan yang menaip dekat dengan mulut yang menuturkan kata-kata pujian kepadaNYA serta dekat dengan telinga yang mendengar pujian-pujian indah kepada keagunganMU,


Walaupun begitu diri ini amat sayang dan menghormati dirinya…

Wallahu’alam...

Magri Tengok!!

Posted by MusLiMaHaTiKu | 5:29 AM | 0 comments »

Ketika Cinta Bertasbih

Posted by MusLiMaHaTiKu | 5:09 AM | 0 comments »

PanTun AuRaT

Posted by MusLiMaHaTiKu | 5:37 PM | 0 comments »




Yang perempuan!!
pakai mini sekerat..
suka pakai baju ketat
suka pulak tayang pusat...

Hingga da Xpedulikan lagi batasan aurat
pakai pulak yang sendat-sendat..
kadang2 nampak yang tersirat
Xkira bujur Xkira bulat...

Bila da camtu,sape yang lihat pasti tercegat
bila da tercegat silap gaya jadi gawat..
bila da gawat bohsia bohjan lagi laa dahsyat...

Dok jauh berkirim surat
bila berjumpa tangan berjabat..
kemudian pakat lawan peluk erat-erat
masa 2 nafas naek tersekat-sekat...

Usah peduli agama dan adat!!
usah takuti Allah dan Malaikat!!!
yang penting pe kite nak bwat kite bwat...

Akhirnya perut kempis da jadi bulat
maka lahir laa anak yang Xcukup sifat..
bila malu!!
bayi dibuang merata2 tempat...

Masa tu iblis da mula melompat!!
iblis kata ape?!"habis manusia da masuk jerat,habis manusia telah tersesat"

Oleh itu,
Wahai saudara,saudari dan para sahabat
Marilah kita pakat mengigat!!
bahawa dunia hari nie semakin singkat..
entah esok entah lusa mungkin hari kiamat...
Sampai laa masa kita semua akan berangkat..
Berangkat menuju ke negara akhirat
Di sana kita akan ditanya!!,
Pe yang kita buat?!
Masa tu sendiri mahu ingat!!
Umur mu banyak mane mu buat ibadat?!
Zaman muda mu pe mu buat?!
Harta benda mu dari mane mu dapat?!
Ilmu anda adakah anda menafaat??!

Semoga ianya dapat memgigatkan kita
supaya segera meninggalkan maksiat...
dan perbanyakkan ibadah & banyakkan taubat...


Kita Tahu Tapi Xnak AmbiK Tau...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 6:55 AM | 0 comments »



Bismillahirahmanirrahim....

Mesti antum terkejutkan. .neway , just bace dulu n evaluate it later.... Allah sahaja yang tahu kebenarannya.

[Bukti kebenaran Al-Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]

* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun..... sekarang sudah
1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam
masa 61 tahun lagi..

Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066......

* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang
menghala ke bumi... Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi
pada tahun 2014.

Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi....Dan planet ini lebih besar daripada bumi...

Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan
kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh
penurunan semula Nabi Isa... Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan
hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..

Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066...

* Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...

Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun....
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
Cubalah anda kirakan sendiri...

Pesananku Buatmu...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg ana petik seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal.
Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi.
Kiamat pasti tiba
hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan "LUPA" apa yang disuruh oleh Allah.
Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar
sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..
Wallahua'lam.

PeLu BeResssss

Posted by MusLiMaHaTiKu | 8:23 PM | 0 comments »


assalamualaikum... bersua kembali...hikhik
Pejam celik,pejam celik...

tinggal lagi 18 HARI ana akan tamat Practikal..
kat Politeknik Ungku Omar nih..

Subhanallah
begitu cepat masa berlalu meninggalkan kite..
hehe..
ana rase cam baru lg,..huhu

act,22 HARI lg baru tamat practiakal tp (hikhik)

ana mintak tamat practikal awal!!

Syukur ALHAMDULILAH...
BoS da stuju!!tp ne tulis surat r(itam+Putih)

maklum laaa daaa lame Xbalik TERENGGANU...

WinDuuuuuu.....
bangat nih nak balik!!

Da Xtertanggung da..hehe

Tp...
sebelum ana balik...
ana ne sentle kan...

  • REPORT Li(paling penting!!) masih lam proses nak buat,.hihi
  • Pindahkan Barang2..tp Xtau lg dapat asrama or X,..if Xdapat ne laa cari umah sewa,..(jgn pening2!!) da lame pening pikirkannya..barang yg AMAT2 BANYAK!!mane Xnya buku dari sem 1,sem2,sem3...ana Xbawak balik pown..buku je de laa lam 12 kotak besar kertas A4,..hikhik
  • moto!!(haa nie 1 lg mslh!!,) ana Xtau nak taruk mane..ma n ayh suh ltak kat asrama sama cam sem2 sblm nya tp 2 Xsmpai 1 bulan,..skrg cuti Panjangggg Bangat sih!!hampir 2 bulan bu!!ana takut ilang jee..kot2 tayar je yg tinggal nanti..hehe,..cz skrg kes kecurian da meningkat kat kawasan ana!!,2 yg cam Xyakin je nak tinggalkan,..hurm..ma n ayh pengerti lah(hurm)...tp bile ana pikir balik if ana dok kat tmpat mereka msti ana akan cakap benda yg sama.."Letak je moto 2 kat kamsis,..".coz pghantaran moto 2 RM300 kalu nak anto dari IPOH to TERENGGANU,..MAhaL sih!!,.ku akur dengan kata2 mu..kalu itu yg difikirkan yg terbaek!!ana ikott jee..no komen da,
  • ne sentlekan tempahan baju n jaket uLi...(nih ngah lam proses nak tempah)arap smua berjalan lancar..amin
  • handset..,nampak gayanye ana ne beli lg laa hdst baru!!(org laen mesti hapy tp Xpada ana)ye laa mane Xhapy t dapat beli hdst baru!!,..hurm,hdst ana mmg da rosak terus,..ate masuk air je tp merebak plak kat motherboard nye..(ne tipu ngan tauke kdai hdst)..tp Xpe laa nie mgkin ujian ALLAH bagi pd ana..ana yakin de hikmah disebaliknya=)..tp sedih jgk laa cz ana bru akhir tahun lepas beli hsdt 2..Xsampai setengah tahun daa jadi camnih!!,..huhu,..apakah daya diriku,..hanya air mata je menemani..huahuaa,..ana da eXplain kat fmly,..nasib baek mereka paham..(syukur Xne marah or ne Ceramah free)hehe..kalu Xberasap jgk r telinga nih...nak say SYUKRAN JAZILLAN pada srikandi isma coz bagi ana guna hdst die sementara ana mghabiskan sisa2 practikal kat cnie...10q ye akak...sayang akak!!hehe..jgn wiso t saya bagi balik hdst akak,..mf jgk cz slalu jee susahkan akak..hihi(^-^)
k laa...nak sambung wat REPORT plak..hehe.. moga2 ana dapat tamatkan practikal ngan CEMERLANG,..amin..doakan ana ye..(^_^)
wassalam...

suka + duka + pengajaran

Posted by MusLiMaHaTiKu | 6:18 AM | 0 comments »






Cita tentang SUKA...

Semalam seawal jam 7.00 pagi ana da terpacak kat depan kafe kamsis...
kami akan menaiki sebuah bas seramai 40 orang ke CHepor,..(adik2 n shbt sahabiah)..
tujuan kami gie kat c2 adalah untuk mencari ketenangan + rapatkan ukhwah sesama adk2
sebelum final exam yang akan menjelang Xlama lg...Meh ana kongsikan.hihi^_^

Sblm naek bas!!gmboo dlu..sempat jee,hehe

Da sampai CHepor,pe Lg!!angkut barang masing..hihi

Cenyum^_^

Subhanallah..rase tenang menyinggah di hati..

Kami wat Halaqoh lam air...mula dgn sesi ta'aruf diikuti
permainan "kotak beracun"

Smua da menggigil sejuk!!tapi mampu lg tersenyum^_^...

hehe^_^,sempat je..hikhik!!

a'haa time nie laa DUKA tercipta...


nampak x beg kecik yg ana sandang kat gmboo atas2?!haa
lam beg 2 ana ltak handset...(agk2 pe yg berlaku?!)
hm...tau Xpe!! ana nye handset TerKena air..so?pe lg..rosak laa,Xdapat on..(sedihhhh....)
nak dijadikan cite...ana jemor le handset kat c2..2 yg dok je tgh panas..setia tggu handset sembuh!!..Senyuman luaran Xsecantik dalaman..lam ati nie ALLAH je tau..
Xpe bole saboo lg!!


Sebelum balik kami de sesi tukar2 hadiah...sonok!!hihi(masih bertahan ngan senyuman)


Melakar kenangan sblm pulang^_^


Hebat tol ana!!,..mampu lg tahan,boley plak senyuM...ntah le..hoho

Nak dijadikan cite...esk pg ana terus anto kdai byki handset 2...
tauke kdai cakap ptg t datang siap laa,...balik ofis ana senyum2 memanjang..
mklum laa 1 hari idop tnpa hdst!!
tepat kol 5 dari ofis ana terus ke kedai 2...yeh!!hdst da nak ciap okey!..
TUP..tuP..
sampai je kat kdai 2 die cakap Xciap lg..die kata esk pagi baru siap!!..
pe lg,..terkezut ana..janji petang siap tp bedalih plak kate esk baru siap..
padahal ana nye hdst 2 Xla teruk sgt rosaknya!!cume masuk air cikit je...die da bengang
pe lg,.da hampa..ana cakap baek2 kat org 2..ana ckp laa,ana nak balik hdst 2,takut jgk lelame ngan die dia tukar ke barang2 lam2..
Daa lega sikit tp still sedih lg..ana terus balik umah,..
pas mgrib ana kuar lg nak cari kedai hdst laen tuk g byki..
masuk je kedai 2 tuan kedai2 pesan datang balik 1 jam lg...
ana xkisah laa asalkan cepat siap..
tepat kol 9mlm,..ana g smula kat kdai td seperti yg dijanjikan..
hati da berbunga2 terbayang hdst da ciap byki..
masuk je lam kdai 2.."hancur luluh ati ana"
dia tnye ana penah anto kdai laen kew hdst nie sblm anto kdai die..(ana cam dapat agak smthg!!)
ana angguk laa tnda m'benarkan pe yg ditnye...
air mata da nak tmpah tp ana tahan je,(saboo2,ne kuat!!jgn jatuh lg)
tauke 2 kata hdst ana rosak teruk!!
kat dalam die da tercabut2,wayer!!
da dicungkil..
terpikir balik!!muka tauke kdai yg ana pegi td..
mgkn die yg wat cz td mmg die bengang ngan ana cz ambk
balik hdst...Ya Allah tol ke diewat cam2?!
lam hati da mengucap da nih..
tauke 2 kata nak byki bole tp esk laa siap
Xbole siap mlm nie cz ne cari alat gnti,..
mahal jgk ne byr Rm150...
da Xtau nak cakap pe..ana stuju je..
da Xkeruan da wak2 tu..
keluar je dari kedai 2 ana terus nangis sampai ke rumah...
YA ALLAH betapa beratnya ujianMu ini,..(air jernih laju membasahi pipi)

PENGAJARANnya ialah
  • laen kali jgn bawak hdst bersama kalu melakukan aktiviti lam air..(ingat 2!!)
  • banyakkan bersabar n istigfar..
  • jgn terlalu berangan or terlalu yakin dgn sesuatu yg belom pasti jd kenyataan(da kecewa)
  • ingat pe yg berlaku 2 ade hikmah di sebaliknya...(ye ana ingat!!)
  • insyaALLAH ana Xkan ulanginya lg...



Selamat Hari Ibu

Posted by MusLiMaHaTiKu | 11:13 PM | 0 comments »

Posted by MusLiMaHaTiKu | 10:29 PM | 0 comments »

Keluar Dari Fitnah

Posted by MusLiMaHaTiKu | 5:39 PM | 0 comments »

Sebagai seorang yang memahami dakwah, tidak seharusnya kita terus menyibukkan diri kita dengan sesuatu perkara yang tidak membantu dakwah kita. Kita sering terjerumus dan seronok dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita tanpa kita melihat kepada diri kita apakah yang telah kita lakukan untuk dakwah dan Islam khususnya. Kita seringkali dibuai isu-isu semasa, kemudian kita marah atas apa yang berlaku, tetapi kita tidak pula melakukan apa-apa untuk Islam.

Sebagaimana juga mereka yang tidak memahami apa itu dakwah, kemudian cuba untuk bertutur tentangnya. Kita tidak pernah cuba untuk melaksanakannya kemudian kita pula bising tentangnya. Inilah hakikat manusia. Diri ini tidak terlepas daripada perkara-perkara yang disebutkan di atas.

  • ‘Umar bin Abdul ‘Aziz rahimahullahu berkata:

“...Barangsiapa beranggapan perkataannya merupakan bagian dari perbuatannya (niscaya) menjadi sedikit perkataannya, kecuali dalam perkara yang bermanfaat baginya....”

  • ‘Umar bin Qais Al-Mula’i rahimahullahu berkata:

Seseorang melewati Luqman (Al-Hakim) di saat manusia berkerumun di sisinya. Orang tersebut berkata kepada Luqman: “Bukankah engkau dahulu budak bani Fulan?”
Luqman menjawab: “Benar.”

Orang itu berkata lagi, “Engkau yang dulu menggembala (ternak) di sekitar gunung ini dan itu?”
Luqman menjawab: “Benar.”

Orang itu bertanya lagi: “Lalu apa yang menyebabkanmu meraih kedudukan sebagaimana yang aku lihat ini?”
Luqman menjawab: “Selalu jujur dalam berucap dan banyak berdiam dari perkara-perkara yang tiada berfaedah bagi diriku.”

  • Abu ‘Ubaidah meriwayatkan dari Al-Hasan Al-Bashri rahimahullahu bahwasanya beliau berkata:


“....Termasuk tanda-tanda berpalingnya Allah Subhanahu wa Ta'ala dari seorang hamba adalah Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan kesibukannya dalam perkara-perkara yang tidak berguna bagi dirinya.”

  • Sahl At-Tustari rahimahullahu berkata:

“Barangsiapa (suka) berbicara mengenai permasalahan yang tidak ada manfaatnya niscaya diharamkan baginya kejujuran.”

  • Ma’ruf rahimahullahu berkata:

“Pembicaraan seorang hamba tentang masalah-masalah yang tidak ada faedahnya merupakan kehinaan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala (untuknya).”(Jami’ul ‘Ulum wal Hikam 1/290-294)


Kesimpulannya, marilah kita sama-sama melihat kepada diri kita, sejauh manakah ilmu dakwah yang telah kita kuasai. Sejauh manakah pelaksanaan dakwah yang telah kita lakukan. Banyak manakah pergantungan kita kepada Allah. Berapa banyakkah titisan air mata yang telah kita habiskan untuk jalan dakwah. Jangan pula kita menyibukkan diri kita dengan isu-isu yang tidak membantu ummah kerana Demi Masa, Manusia itu sentiasa dalam kerugian…

Posted by MusLiMaHaTiKu | 6:23 AM | | 0 comments »



Sering ku terdengar
usikan nakal
si kumbang pada bunga...
buatku keliru berfikir sendiri
apakah ertinya kecantikan wanita
dimata lelaki?
adakah pada susuk tubuhku yang
menggodakan?
atau pada akhlak yang menawan?
biar apapown jawapannya...
aku tetap aku!
aku seorang hambaNya
aku seorang anak mak & ayah
aku seorang kakak kepada adik-adikku
aku seorang wanita
fitrahku sukakan diri cantik berseri
namun bukan kecantikan di mata manusia
sebaliknya
ku mencari kecantikan yang diikhtiraf Tuhan...
Ya Allah jauhkan lah diri ini dengan cinta dunia yang sia-sia...
Ya Allah dekatkanlah diri ini dengan cintaMu yang kekal tiada kecewa....

Followers

Daisypath Anniversary tickers