Namaku Eddie.Di sini aku ingin menceritakan serba sedikit tentang kisah hidupku yg penuh dgn dugaan dan cabaran.Aku di lahirkan di sebuah kampung yang terpencil jauh di pedalaman.Kampungku bernama Kampung Pening Cicak yg terletak di sebelah Jawa Tenggara, aku pun tak tahu Jawa Tenggara tu kat mane(mungkin dekat dgn negara Isketampingpong kot).Aku adalah anak yatim piatu.Bapaku telah meninggal dunia kerana dipukul orang.Kini aku tinggal bersama ibuku.Kami hidup dlm keadaan miskin, hidup kami hanya mengharapkan belas kasihan makhluk Allah.Pada suatu hari, ibuku telah keluar mencari rezeki pada sebelah pagi, tetapi pada hari itu hatiku berasa tidak sedap(mungkin kurang garam).Aku takut ada sesuatu menimpa ibuku.Tiba-tiba pintu dikuak, naik kecut aku.Rupa-rupanya ibuku sudah pulang tetapi dia kelihatan tidak bermaya..Aku terus mendapatkan ibuku.Dia menceritakan yg dia telah dipukul.Aku tahu ini semua angkara keluarga Pak Dol kerana semasa arwah ayahku masih hidup, ayahku ada berhutang darah dgn keluarga Pak Dol.Tetapi tidak cukupkah dengan terbayarnya nyawa ayahku?Aku tak mengerti adakah kerana kami miskin, kami harus dipukul dan dicaci??.Selepas beberapa hari ibuku dipukul, dia meninggal dunia.Oleh kerana terlampau sedih dan marah, aku mengambil keputusan untuk menyerang keluarga Pak Dol.Setibanya aku di rumah Pak Dol, belum sempat aku berbuat apa-apa, aku di tampar oleh Pak Dol.Tidak cukup ditampar aku dihina, dicaci dan dipijak.Aku tak mengerti adakah aku yg berdosa.Berdosakah aku dilahirkan menjadi seekor nyamuk aedes??
Begitulah serba sedikit tentang kisah hidupku...
DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”
Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”
Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”
Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.
Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).





