Pesannya buat kita

Posted by MusLiMaHaTiKu | 3:11 AM | 0 comments »

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ana,selawat dan salam diucapkan kepada penghulu kita nabi Muhammad S.A.W.Alhamdulillah pada hari ini akan ku biarkan kalam ku berbicara akan ku biarkan penaku bertinta untuk ku menulis serba sedikit coretan untuk tatapan pengunjung secara amnya tetapi secara khususnya bagi adik adikku di Kamsis Politeknik Ungku Omar.

Pertama tamanya ana ingin mengucapkan syukran jazilan kepada kalian adiku adikku di kamsis yang menjemput kami mantan mantan exco kamsis dan Pssi untuk hadir sama bagi merealisasikan hasrat atau objektif msk ataupun bagi ana sebagai tapak pertemuan bagi kami juga senior senior ni dengan adik adik junior kami di kamsis,Moga pertemuan kita diberkati Oleh Allah,memang jika dikenang kembali kamsis mencoretkan seribu kenangan bila berada di sana,pahit atau manis semua itu mendewasakan kita,bagi yang telah di amanahkan menjadi exco ana berharap agar menjaga amanah ini sebaiknya dan juga jangan lupa sentiasa memohon pada Allah agar dimudahkan urusan.hatta kalau kita bukan menjadi exco sekalipun tugas kita sebagai khalifah Allah harus dimainkan.

Sebelum kalam rancak berpena.....sejuta kemaafan ana dahulukan kerana tidak berkesempatan untuk bersama sama adik adik di kamsis untuk menjayakan MSK kerana kekangan masa dan tanggungjawab.Tetapi insyallah jika ditentukan Allah kita akan bertemu juga nanti.Ana percaya bagi mereka yang sudah bergelar exco lebih dari satu sem agak senang untuk menyesuaikan diri dengan suasana bagaimana pula dengan yang baru....jangan mudah mengalah tunjukkan anda juga boleh,mungkin juga satu situasi baru bagi yang baru berkecimpung dalam dunia organisasi ini....jangan cepat melatah dengan keadaan....banyakkan bertanya tinggalkan sifat malu yang tidak bertempat.ana juga ingin mengucapkan selamat maju jaya bagi semua exco exco kamsis dalam menjalankan minggu suai kenal ini,Semoga usaha kita diberkati Allah dan menambah keberkatan Allah....

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.




Sebenarnya masih banyak lagi yang ingin ana kongsikan tetapi agak risau jika pembacanya letih pulak tidak berkualiti pembacaanya nanti....

HANYA CORETAN INI YANG SEMPAT ANA KIRIMKAN SEBAGAI PEGANTI DIRI NAMUN WALAU JAUH DI MATA INSYALLAH SENTIASA DI INGATAN SELALU...

SELAMAT BERMUJAHADAH...


Sebelum kalam ini menamatkan sesinya pada tulisan kali ini harapan agar kita semua dalamkerahmatan Allah....Salam ukhuwwah sekencang dakwah


Ikhlas dariku,

Rohana Binti Abdul Rahim,( Along ana)
Mantan exco Kamsis 2005-2006
Mantan exco Pssi 2006 - jan 2008.


Antara Dua

Posted by MusLiMaHaTiKu | 7:17 AM | 0 comments »

Antara air mata dengan air peluh
yang mane antum rase paling banyak mengalir??
(~0^)
sekadar perkongsian tanpa sempadan..
Pikir-pikirkan...



Kata -Kata

Posted by MusLiMaHaTiKu | 12:39 AM | 0 comments »


"Jika kita belajar disebabkan ibubapa, kita akan dapat ibubapa
Tetapi jika kita belajar kerana ALLAH, Insyallah redha ALLAH kita dapat disamping kejayaan yang kita mahukan..."

Teringat kata-kata seorang
sahabat pada ana
"HATI adalah wardah rebutan antara
syaitan dan malaikat"


"Seseorang dengan sikap negatif melihat masalah
dalam semua peluang sebaliknya seseorang yang lain dengan sikap yang positif melihat peluang dalam semua masalah"

katakanlah...
"My love commitment to my self, my family & my fellowmen
becomes a total commitment that gives me the courage
and strenght to face the challenges of life"

wassalam(~0^)


Followers

Daisypath Anniversary tickers