Sejadah...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 5:06 AM | 0 comments »


Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, Sambutlah seruanNya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk didunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'hayya 'alal falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal hanya ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali kepangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kreadit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Umatku.umatku.umatku
Solat.solat.solat

zulkiflee bin ali




Semangat!!

Posted by MusLiMaHaTiKu | 4:53 AM | 0 comments »



Manusia yang berjiwa besar memiliki DUA hati iaitu SATU hati bersabar dan SATU hati menangis...

Kalau kita gagal bermakna banyak perkara yang sia-sia telah kita buat...


Dimana kamu menjumpai PENGAJARAN, kamu ambil kerana ia adalah barang yang hilang daripada kamu... Orang yang sudah hilang sifat marah, cepat melahirkan sifat marah, Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikannya kecuali ditempat-tempat munasabah ialah MANUSIA NORMAL...

Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah, ketawa itu lambang kelalaian, selalu dilakukan hati akan mati, dibuat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri...


Jika kita mengigati dosa kita, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, Apatah lagi untuk dibanggakan!!!
Syukur nikmat dan sabar dalam ujian amat mudah diucapkan tapi amat sulit dan sukar dilakukan...

Setiap kesalahan yang dilakukan dijadikan pengajaran, insaf tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu, berazamlah tidak akan mengulanginya lagi...


Insan yang cerdik adalah insan yang membuat sesuatu dengan mempertimbangkan urusan akhirat mereka...


Apabila rase senang dengan pujian, rasa sakit dengan kejian, menunjukkan kita ada kepentingan perbadi, tanda kita tidak ikhlas dalam memberi...


Kesenangan dan kemewahan selalunya akan membawa kepada kesombongan dan kelalaian kesusahan dan penderitaan selalunya membawa kepada kekecewaan dan putus asa kecuali orang yang MUKMIN...


Kalau orang HINA kita, bukan kita yang TERHINA tetapi sebenarnya orang itu yang menghina dirinya sendiri...



Dambarkan air matamu dikaki sejadah Ikhlaskan hatimu dijalan Allah Redhakan masamu seluas-luasnya untuk Fisabilillah kerana hasilnya adalah berkat dari keagungan ALLAH...



Sayangi Jarimu

Posted by MusLiMaHaTiKu | 4:06 AM | 6 comments »


Alhamdulilah, syukur pada Allah dengan nikmat kurniaanNya…

Hari ini ana nak kongsi pada antum semua RAHSIA JARI..hehe


Jom sama-sama kita buat ^_^


Langkah Pertama:

Cuba tengok jari anda. Genggam kuat-kuat dan angkat ke atas sambil laung…ALLAHU AKHBAR!!

Itulah Rukun Islam yang mesti kita junjung.

Langkah kedua:

Straightkan jari ke depan dalam keadaan terbuka dan RENUNG dalam-dalam. Itulah kewajipan solat 5 waktu jangan sesekali kita abaikan.

Langkah ketiga:

Letakkan tangan kanan diatas meja, perhatikan!! Start dari jari kelinking yang kecil dan kerdil..ibarat manusia jugakkan, sebab semua benda akan start dari kecil sehingga besar & terus membesar. Itulah fitrah manusia & alam seluruhnya. Apapun yang kita buat semua start dari kecil..betul tak?..Kejayaan takkan hadir tanpa kegagalan kerana kegagalan mendidik pada usia muda akan memberi impact yang besar pada masa depan.

Langkah keempat:

Then, tengok pula jari kedua, jari manis.Macam tu jugaklah dengan usia remaja, semua sweet, manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu diduga dengan cabaran & dugaan.Hanya iman dan taqwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

Langkah kelima:

Jari ketiga, jari yang paling tinggi jari hantu ibarat alam dewasa kita. Maybe, masa usia kita mencecah 30 tahun nanti kita dah punya status, ekonomi yang kukuh dan career yang stabil.


Langkah keenam:

Jari keempat, jari telunjuk..5 kali sehari kita buat akur janji pada Tuhan yang Maha Esa. Masya allah.


Langkah ketujuh:

Lihat ibu jari, sedar tak kita dalam kelima-lima jari yang paling penting berfungsi adalah IBU JARI..memang tidak dinafikan jari manis amatlah penting bagi setiap wanita (kata orang buat sarung cincin) tapi jika kita kehilangan IBU JARI..agak-agak apa akan jadi?..nak taip massage mesti tak boleh kan? Nak angkat cawan atau gelas kita pegang guna jari dan disokong oleh jari ape ye?..semua serba tak jadi..

Subhanallah, aku bersyukur memiliki anugerah ini..aku juga bersyukur aku tidak kehilangannya, terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk aku menghargai anugerahMu..

Sayangilah Jari anda ^_^




Followers

Daisypath Anniversary tickers