Cinta Membawa Ke Syurga

Posted by MusLiMaHaTiKu | 4:47 AM | 1 comments »


Seorang Arab badwi bertemu Rasulullah s.a.w dan bertanya, "Bilakan akan berlaku kiamat ya Rasulullah?" Rasulullah s.a.w tidak menjawab, sebaliknya menyoalnya semula,"Apakah yang engkau sediakan untuk menghadapinya?"

Orang Badwi itu menjawab,"Aku tidak menyediakannya dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa tetapi aku menyediakannya dengan hati yang amat mencitaimu."

Mendengar jawapan orang Badwi itu, Rasulullah s.a.w terus bersabda yang bermaksud : "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak."(Mutaffaq 'alaih)


Alangkah bertuahnya jika cinta kita benar, betul dan tepat...kita akan sentiasa bersama kebenaran dan akan bersama dengan cinta itu di syurga nanti. Sebaliknya, alangkah malangnya jika kita salah meletakkan cinta, kita akan bersamanya di neraka!


Itulah cinta sebenar. InsyaAllah, orang Badwi yang mencintai Rasulullah s.a.w itu akan bersama Rasulullah s.a.w di syurga. Kita akan sentiasa bersama dengan orang yang kita cintai semasa di dunia di akhirat nanti. Itulah kepastian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesungguhnya, mencintai Rasulullah ertinya mencintai Allah . FirmanNya yang bermaksud: "Sesiapa yang mencintai Allah, maka ikutlah aku." (surah Ali Imran 3:31)

Sahl bin Abdullah berkata,"tanda cintakan Allah adalah cintakan Al-quran, tanda cintakan Al-Quran cintakan Nabi s.a.w, tanda cintakan Nabi s.a.w adalah cintakan sunnah Baginda, tanda cintakan sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat, tanda cintakan akhirat adalah Tidak mencintai Diri Sendiri, tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci Dunia, dan tanda benci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup."



Al-Fatihah...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 7:02 AM | 2 comments »

Belakang dari kiri: Syazril, Syazwan, Syazmin dan Syazim
Depan dari kiri: Syazani Fitri, Ain Syamilah, Syamimi dan Syahiran

Anak Exco Kedah meninggal dunia kerana kemalangan

SUNGAI PETANI - Anak kedua Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan Kedah Dr Hamdan Mohamed Khalib meninggal dunia malam tadi selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bukit Selambau dekat sini, Khamis lalu.

Syazmin Hamdan, 16, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim di sini kira-kira pukul 10.45 malam setelah tidak sedarkan diri lebih 24 jam.

"Dua orang anak saya terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Bukit Selambau kira-kira pukul 3 petang Khamis lepas," kata Dr Hamdan ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata semasa tiba di tempat kejadian, kereta Produa Kelisa yang dipandu anak sulungnya, Syazwan, 18, bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

"Syazwan cuba mengelak lori tersebut, tetapi mereka terbabas masuk ke dalam parit," katanya dengan linangan air mata.

Dr Hamdan berkata kejadian itu berlaku selepas Syazwan dan dua lagi rakannya pergi mengambil Syazmin yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik.

Bagaimanapun, dua lagi rakan anaknya itu mengalami cedera ringan dan telah dibenarkan keluar hospital.

"Jika dilihat daripada keadaan anak-anak saya, anak sulung saya lagi kritikal kerana selepas kejadian dia tidak sedarkan diri sehingga hari ini.

"Selepas kejadian, Syazmin masih sedar dan boleh menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku kepada saya. Tidak sangka pula dia (Syazmin) yang akan pergi dahulu," katanya.

Katanya selepas kejadian, keempat-empat mangsa dibawa ke Hospital Sik sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim.

"Saya reda dengan ketentuan Ilahi...tak tahulah nasib anak sulung saya macam mana lagi kerana dia masih dirawat di ICU. Saya harap agar Syazwan akan sembuh," katanya dengan nada sebak.

Jenazah Syazmin dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Kampung Merbok dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Sinar Harian 5/9/2010

Semoga Cek De dan Ayh De thabah menghadapi ujian dariNya..

Mohon doa kalian..moga2 Syazwan cepat sembuh, ameen.




Ujian...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 5:40 AM | 4 comments »

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulilah...esok pUo dah start cuti..insyallah selama 2minggu..semua kerja-kerja rumah telah ana selesaikan...hehe. Semangat nak baliklah katakan..cuma tak berkesempatan membuat halaqoh dengan adik- adikku..maafkan kakakmu yang sentiasa kekangan masa nih..tapi tidakku lupa ada buah tangan yang diri ini tinggalkan untuk kalian(bekalan rohani selama 2 minggu mungkin) hehe. Insyallah "Surat Cinta" itu jadi pengganti diri ini.

Tadi dapat call dari adk zatie.."Terima kasih akak, Ustazah cakap terima kasih! sebab bagi kad raya..ustazah senyum jee"katanya pada ana. Syukur alhamdulilah moga-moga senyuman itu terus dan terus mekar berpanjangan, ameen.

Tadi ana teman k.Fiqa ke KAMSIS(kampung siswa siswi) dalam erti kata lain ialah asrama, jumpe KKA(adk2 kurang upaya, 'panggil KKA sebab adk2 nie smua jurusan KEJURUTERAAN AWAM') dalam erti kata lain ialah OKU...biasalah bagi kami student last sem kena siapkan final projek...dapat pulak MULTIMEDIA..jadi ana cadangkan pada k.Fiqa buat CD interaktif BAHASA iSYARAT...alhamdulilah semua berjalan lancar..adik-adik KKA semua bagi kerjasama yang amat baik pada kami. Alhamdulilah






Tadi ayh ada call..katanya jam 3 petang tadi, sepupu ana kemalangan..Syazwan masih dalam keadaan koma dan Amin patah kaki..Syazwan drive kereta, Amin kat sebelah..nak elak lori kat hadapan, kereta masuk gaung..Subhanallah,.hanya itu yang keluar dari mulut ana...
Subuh nanti ayh dan Haikal sampai, ana akan ambik ayh kat medan Gopeng..Insyallah kami akan pergi ziarah mereka kat Kedah. Moga Cek De & Ayh De thabah menerima ujian ini.




Followers

Daisypath Anniversary tickers