Kembali Bersemangat...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 7:40 AM | 3 comments »



Alhamdulilah untuk mengembalikan semangatku…
Ana kuatkan diri untuk menghadiri SEMINAR KARJAYA yang dianjurkan oleh Nisa’ Terengganu di Perpustakaan Negeri.
Ana drive kereta sorang-sorang pergi sana…(takut juga sebenarnya..huhu)
Program start jam 9 pagi hingga 5 petang tapi ana tiba disana jam 9.30 pagi dan balik awal..hehe

JOM tambah ilmu…

SLOT PERTAMA disampaikan oleh En.Muiz Mukhtar
Oleh kerana ana lewat nie je yang sempat ana dapat…

1. Potensi kerjaya

• Realistic
• Investigative
• Artistic
• Social
• Enterprising
• Convebtional

Renung-renungkan anda dimana?..ana pilih SOCIAL sabab ana seorang yang banyak cakap..hehe

2. Kategori resuma

• Kronologi
• Fungsi
• Kombinasi

3. Sebelum ditemuduga

• Persediaan mental ( tambahkan keyakinan)
• Buat ulangkaji (tambah pengetahuan)
• Berlatih (tambah kemahiran)
• Susun atur / kekemasan (tambah kesungguhan)

4. Semasa ditemuduga

• Tidak lewat / menyusahkan
• Jadi professional & beradap
• Verbal & non verbal berkesan
• Mendengar dan menjawab dengan baik
• Jujur dan mesra
• Yakin dan percaya pada kemampuan diri anda

Bila gemuruh itu datang, tarik nafas dan hembus perlahan-lahan..ketahuilah bahawa nafas yang baru itulah KEYAKINAN…

5. Selepas ditemuduga

• Berdoa
• Berkongsi
• Berusaha lagi…

*************************************************************************

SLOT KEDUA disampaikan oleh Fatimah Syarha bt Mohd Noordin
“Penulisan Sebagai Satu Kerjaya”

Wal Qalam !

Demi pena
Lembutmu bukan halangan
Kau punya kuasa
Menghunus pana kebenaran…


KENAPA NAK MENULIS? (Ana dapat tangkap 3 tips je..dari 4 tips pada skrin)

• Minat

Minat tanpa motivasi dan kemahiran akhirnya berkarat

Minat tanpa matlamat akhirnya jemu dan bosan

• Duit

Tulis nak cepat siap, tak sabar nak dapat duit..

Hasilnya mengecewakan

• Sebarkan pengaruh? Kesedaran

Sebarkan pengaruh tanpa penjelasan matlamat akhirnya menyimpangkan ummat..Subhanallah !



‘Kejelasan matlamat memerlukan kefahaman’

Noktah bidayat (titik mula) penulisan DA’E ILALLAH…NAK ALLAH !

“Sebelum menulis kita kena FAHAM ISLAM…sebagaimana yang Allah kehendaki dan sebagaimana yang diajarkan kepada Rasulullah saw”

Kereta kuda
Lori balak
Kemalangan
Hospital
Saudara mara

‘Berdasarkan perkataan diatas..ana nak autum buat karangan pendek yang bersambung antaranya…3minit ana bagi masa..’ ujar Fatimah Syarha.

Alhamdulilah sorang min dan sorang mat telah bacakan karangan pendek beliau dengan beraninya…
Kagum ana pada mereka…

Tiba-tiba..‘Siapa ye pemilik blog muslimahatiku..ade tak kat sini…’ waaaaaaaa terkejut ana dibuatnya.

Merah padam muka ana. Dengan wat muka selamba ana angkat tangan bangun dan ‘maaf, saya tak buat karangan pendek tu’..dan terus je ana duduk..lalala (walaupon hakikatnya ana memang buat karangan pendek tu..mungkin rase geram tengok k.baity gelak tanda perli pada ana..adoi)
malu dengan diri sendiri pon ada tapi ana tak kecewa. Cuma rase cam nak geget je k.Baity dan abg Deng coz Dua Orang nie berpakat kenakan ana!!! waaaaaaaaa ..

“Saya menaiki kereta kuda dengan laju terus memotong lori balak yang berada dihadapan saya, tiba-tiba saya kemalangan dan dimasukkan ke hospital.Saudara mara menangis mendapat khabar berita tentang saya..( tajuk : saya kemalangan)”

Inilah karangan pendek saya…^_^

Dapat belajar sesuatu kat sini dan da tak marah pada Dua Orang tu..tapi bile teringat balik cam kelakar pown ade…tak sangka ana boleh cakap yang ana tak buat..haha..senget tol !!

Jika tak ada idea, Allah ada
Jika tak ada semangat, Allah ada
Jika putus asa, Allah ada
Jika sedih dikritik, Allah ada…

“You are Never Alone, Allah Love You”

p/s: insyallah minggu nie ana akan start terapi , doakan ana cepat sembuh ye...
to k.Baity & abg Deng , kamu berdua memang sengaL !!(dalam perasaan marah + gelak)…
tak pe la ana mengaku kalah je coz nak meraikan abg Deng yang akan kawin minggu depan, minggu terakhir BUJANG laa katakan…lalala. Juga ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, SALAM IJAB DAN KABUL…kepada abg Deng& pasangannya dan Adik Syira&pasangannya..Moga Bahagia Dunia Akhirat.ameen ^_^


Akhirnya mengalir juga…

Posted by MusLiMaHaTiKu | 7:29 AM | 2 comments »

Assalamualaikum wbt…

Bersyukur ana pada Allah kerana dengan izinNya ana mampu menaip lagi

Alhamdulilah sudah boleh menulis menggunakan 2 jari iaitu menggunakan jari telunjuk dan ibu jari.


Sejujurnya sejak kebelakangan ini diri terasa “Down” yang amat…

Ana sendiri pown tak tahu kenapa..terasa tewas memujuk diri sendiri dan membiarkan saje perasaan

itu berlalu pergi…


Maafkan ana sahabat ku sayang…antum mungkin selalu tertipu oleh perwatakan ana yang sepanjang masa kelihatan bersemangat , happy dan funny selalu..tapi hakikatnya diri ini cukup lemah jika dibandingkan dengan dirimu yang hebat-hebat belaka.


Sudah lama airmata tidak mengalir sederas ini, hanya hati yang selalu menjerit menangis tapi airmata ana tahan saja untuk ia keluar…jahatnya ana! Seingat ana, kali terakhir air mata ana mengalir deras adalah 40 hari lepas iaitu pada hari Sabtu tanggal 18 April 2010, keesokan hari seawal jam 4 pagi di hospital ipoh, ma dan ayah ana sampai di WAD 4B. Perlahan-lahan mereka melangkah menghampiri ana yang sedang tidur. Waktu tu ana rasa aura mereka yang menghampiri ana. Ana bukak mata, hanya “ma” yang keluar dari mulut ana dan air mata terus je mengalir..sebak sesangat, ma dan ayah ikut sebak melihat ana dan mereka pegang tangan ana memberikan semangat..”ya kena kuat” syukur alhamdulilah jari tidak kena potong. Insyallah esok kita balik Terengganu, kita buat rawatan disana ye..ana sekadar angguk tanda setuju.


Sebelum ma dan ayah sampai, ana lihat ramai sahabat-sahabat menangis melihat keadaan ana, tapi waktu itu hati ana keras sangat! Ana tidak menangis malah ana senyum (sempat ana suh k.syuhada tanggap gambar ana yang penuh darah tu,. hehe) Pada mereka yang melihat ana..”Jangan nangis, sahabatku sayang! Jangan nangis adikku sayang! Ana okey je, doakan ana ye”..masyallah jahatkan ana! Keraskan hati ana nie!..entahlah dalam hati ana waktu tu hanyalah REDHA dan BERLAPANG DADA dengan secebit ujian dari ALLAH..Ana rase kerdil sangat waktu tu, itulah yang membuatkan ana tidak mengalirkan airmata saat itu.


“Akak nie seorang yang kuat semangat, saya kagum tengok akak!!” kata seorang adik.


Tapi ana rasa die lagi kuat pada ana. Ujian yang Allah bagi pada ana tidaklah sehebat mana jika nak dibandingkan dengan apa yang adik lalui. Moga dirimu terus kuat dan tabah adikku sayang. Hanya doa yang mampu ana titipkan buat kalian.


“Amira, saya tak nak tipu awak..awak kena tahu situasi awak sekarang ! jari awak dah rosak teruk..semua urat-urat jari awak dah putus, jalan terbaik adalah saya kena potong jari awak tu” kata doc iNdia menghampiri ana..


Ana hanya pandang doc dengan pandangan kosong, kemudian ana anggukkan kepala.

Kat hospital tu takde doc pakar tulang melayu, semua iNdia..masyallah

Hanya selawat dan surah pilihan ana ulang-ulang baca selama dua hari kat sana.







Meh pakat gie weh!

Posted by MusLiMaHaTiKu | 5:53 AM | 2 comments »




Program berasaskan sumber manusia anjuran Nisa' Negeri Terengganu kembali lagi. Kali terakhir diadakan ialah pada tahun 2006 di SK Sultan Sulaiman.

Dengan tema yang sama "Meh Cari Kerja", Unit Pendidikan dan Kerjaya Nisa' Negeri Terengganu meningkatkan usaha dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu dengan menambahkan usaha menggiatkan bidang keusahawanan.

Program ini akan dijalankan pada 29 Mei 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah;

1) Temuduga terbuka
2) Pameran Agensi Anti-Dadah Kebangsaan
3) Gerai Jualan
4) Kempen Menderma Darah
5) Seminar A-Z Panduan Lengkap Membina Kerjaya
6) Ujian Personaliti
7) Daftar ELX-Online
8) Career Talk "Penulisan Sebagai Satu Kerjaya" bersama Puan Fatimah Syarha Noordin (Novelis Seindah Mawar Berduri)

Semua dijemput hadir memeriahkan karnival ini.

sumber: http://nisaterengganu.blogspot.com






Followers

Daisypath Anniversary tickers