Ungkapan Bicara Hati

Posted by MusLiMaHaTiKu | 9:25 PM | 0 comments »


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI...
SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW...

Wahai kakakku,
Sudikah kakak mendengar tinta bicara adikmu ini,
Ianya mungkin bicara kosong yang datang dari hari yang berbicara,

Tatkala dirimu hadir dalam babak hidupku,
Di suatu medan,
Daku mula kenal ungkapan perjuangan,
Kemudian ku mula mendalami erti perjuangan itu,
Daku mula sedar apa itu berjihad,
Kemudian ku lalui jalan jihad itu,

Daku mula kenal apa itu dakwah,
Kemudian ku menyedari erti sebenar dakwah itu,
Daku mula kenali erti pengorbanan sebenar,
Daku mula sedar kepentingan amanah dalam islam,
Daku mula mengerti erti sahabat sejati,
Segalanya mengajarku tentang erti keindahan islam sebenar,
Segalanya indah,

Wahai kakakku,
Segalanya indah bila dikaitkan dengan islam,
Engkau telah mengajarku erti kehidupan dalam perjuangan islam,

Sebelum ini,
Daku hanya mendengar dan berbicara mengenainya,
Tanpa mengerti makna dan hakikat sebenar,

Sekarang ini,
Daku sudah memahami, menyedari dan melaluinya sendiri,
Segalanya kearah menuju yang satu,
Jalan menuju kepada Pencipta,

Seandai diizinkan Sang Pencipta,
Ingin sekali daku mengikuti jejak langkahmu,
Menjadi MUJAHIDAH pejuang agama ALLAH...

Wahai kakakku,
Adakah daku layak ketahap itu,
Daku ini lemah tidak setabah yang disangka,
Daku masih memerlukan bimbingan dan doronganmu disisi,
Perjalanan masih jauh kakakku,
Daku tidak kuat untuk meniti jalan ini,
Memang benar ALLAH sentiasa bersama kita,

Kakakku,
Kadangkala kekuatan itu datang dari insan yang dekat dengan hati kita,
Insan yang selalu memberi tunjuk ajar dan nasihat serta bimbingan mendidik jiwa,
Insan yang selalu mengajar kita mengigati ALLAH dalam apa jua keadaan,
Insan yang mengajar diriku mengenal erti segalanya dalam dakwah islam,

Insan yang ku maksudkan adalah dirimu...
Seorang insan yang hanya bergelar kakak,
Tapi itu cumalah gelaran yang disandang,
Kerana dirimu memainkan segala peranan,
sebagai KAKAK, TEMAN, KAWAN, dan juga SAHABAT,
Moga langkah perjuangan ini tiada titik noktahnya,

wahai kakaku,
Janganlah hatimu gusar,
Kerana ini adalah sekadar luahan hati kecil adikmu sahaja,
Moga impian kita akan tercapai suatu hari kelak,
Moga ALLAH meredhai impian menuju jalanNya ini....
AMINN YA ROBBAL ALAMINN





HATI BICARA,MERUNGKAI KATA-KATA

Posted by MusLiMaHaTiKu | 1:26 AM | 0 comments »


DIKALA SEPINYA HARI, KAU DUDUK SEORANG DIRI, TANPA RASA SUNYI, TANPA RASA BERSENDIRI. KERANA DUDUKMU SEORANG DIRI, LEBIH MUDAH BERMUNAJAD PADA ILAHI, BIAR MASA BERGANTI, AQIDAH JANGAN MATI. GUNUNG DIDAKI, LEMBAH SAMA DITURUNI, GELAP DITEMPUHI, CERAH SAMA DISUSURI. WALAUPUN BERSENDIRI, BUKAN BERMAKSUD HIDUPMU SEPI, DENGAN HARAPANMU BEROLEH CINTA ILAHI, ALLAH SENTIASA BERSAMAMU DISISI. BANYAK MANA DIRIMU DIUJI, BANYAK ITULAH KASIH SAYANG-NYA DIBERI, KETIKA SENANG DIA KITA INGATI, SEWAKTU SUSAH DIBANTU-NYA NANTI. INGAT PADA MATI, BUKAN TERUS MENERUS MENGINGATI, JANGAN SAMPAI DIGANGGU DALAM AKTIVITI, SEKADAR UNTUK MENGATASI KESOMBONGAN DIRI.

Syair Cinta Rabi'ah al-Adawiyyah

Posted by MusLiMaHaTiKu | 6:44 AM | 0 comments »



Ku jadikan kau teman percakapan hatiku
Biarpun tubuhku sedang bercakap dengan manusia
Jasadku biar bercengkerama dengan manusia
Namun isi hatiku tetap terpacak pada Mu

Wahai Tuhanku, tenggelamkanlah aku dalam mencintaiMu sehingga tidak ada yang menyibukkan ku selain dari Mu. Ya Tuhanku, bintang dilangit telah mengerlapan, mata telah berketiduran, pintu-pintu istana telah dikunci, tiap pencinta telah menyendiri dengan yang dicintai, dan inilah aku berada di hadrat-Mu.

Tuhanku, malam telah berlalu dan siang telah menampakkan diri. aku gelisah apakah amalanku Engkau terima sehingga aku merasa bahagia, ataukah Engkau tolak sehingga aku merasa bersedih. Demi kemahakuasaanMu, inilah yang akan ku lakukan Engkau memberi hayat, Andai aku Engkau usir dari depan pintu Mu, tidak akan aku pergi, kerana cintaku kepadaMu telah memenuhi hatiku.

Tuhanku, akan kau bakarkah qalbu yang mencintaiMu dengan api neraka? tibatiba terdengar suara, " kami tidak akan melakukannya itu. janganlah engkau berburuk sangka pada kami."

Tuhanku, apa sahaja yang hendak Engkau kurniakan kepadaku berhubung dengan dunia, maka berikanlah kepada musuhku. apa sahaja kebaikan yang hendak engkau kurniakan kepadaku berhubung dengan akhirat, maka berikanlah kepada orang-orang yang beriman kerana aku hanya inginkan pandangan Engkau sahaja padaku.

Tuhanku, sekiranya aku menyembah Mu kerana takutkan
Neraka Mu, maka bakarlah aku dengan api neraka jahanam. Sekiranya aku menyembah Mu kerana inginkan Syurga Mu, maka haramkanlah ia dariku, Tetapi sekiranya aku menyembah Mu kerana Zat Mu, maka janganlah Engkau haramkan aku dari memandang (menghayati) keindahan Mu yang azali.

Wahai kekasih hatiku, hanya Engkaulah yang ku kasihi. berikanlah keampunanMu pada pembuat dosa yang datang kehadratMu. Engkaulah Harapan, kebahagiaan dan kesenanganku. Hatiku telah enggan mencintai selain diri Mu.

Aku mencintaiMu dalam dua kecintaan, cinta nafsu dan cinta kerana Engkau adalah yang selayaknya. adapun cinta nafsu menenggelamkan diriku dengan selalu mengingatiMu sehingga lupa yang lain. Dan adapun cinta kerana Engkau adalah ahli yang selayaknya, maka bukakanlah hijab bagi diri Mu hingga aku dapat melihat Mu, bukanlah pujian itu untuk diriku bahkan segala pujian untuk Mu semuanya pada
cinta pertama dan kedua.


Sejak dua menjak nie..suka sangat dengar lagu nie:-


Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


menghitung hari..detik demi detik...

moga Allah limpahkan rahmatNya pada kalian serta memudahkan segala urusan kalian..ameen


Followers

Daisypath Anniversary tickers