Sesorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya , cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya .......
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.......
Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk
meneruskan perjalanan??? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.......
Apabila bicara itu perak,
diam adalah emas.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab
-Nabi SAW
Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat
menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya
senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang
bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.






0 comments
Post a Comment