Congra...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 9:28 PM | 0 comments »

Assalamualaikum wbt.

Suka untuk memulakan point dengan hadith 27 dari himpunan hadits arbain karangan Imam Nawawi

mafhumnya: Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau
benci orang lain mengetahuinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu
Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.

Daripada hadith ini, Nabi pesan kat kita sepaya berfatwa dengan hati kita sendiri. Dalam erti kata lain, dalam membuat apa-apa keputusan, buatlah keputusan berdasarkan apa yang kita rasa dari hati kita, sebab hanya kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Minat boleh dibentuk dan dipupuk dengan masa. Maka, cita-cita juga ana rasa boleh berubah..asal ada usaha dan kemahuan.
TAHNIAH
buat adkku ayunie,sepupuku asma' n faiz coz dapat masuk UiAM...
mooga rahmat ALLAH milik kalian

0 comments

Followers

Daisypath Anniversary tickers