Lawak Santai(*0^)

Posted by MusLiMaHaTiKu | 5:58 PM | 0 comments »

Mengapa Ketiga-Tiga Mayat Tersenyum

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


Kisah Si Kambing


Pada suatu hari, ada seekor kambing sedang duduk duduk berehat di sebatang pokok kelapa bersama seekor siput. di pendekkan cerita sang kambing pun mula bercerita kepada sang siput tersebut akan kehebatannya yang boleh memakan bermacam macam jenis daun termasuk daun terup.

"aku dulu pernah bertapa dekat gunung semanggol " Kata kambing memulakan cerita. " dua bulan aku kat sana, Tok guruku ajar aku bermacam macam teknik dan skill untuk servive (survive!!!) antaranya teknik pernafasan singkat (tuk mengelak bau badan), skill terajang yang hebat (menyelamatkan diri dari tuanku), skill mandi sungai cara flash! (paham-paham jelah), dan macam macam lagi lah.

"huh! hebat betul la kau kambing, takjub aku kat kau ni" kata siput sambil ternganga bercucuran air liurnya." tapi semua skill dan teknik yang kau cakap tuh takda kene mengena dengan kau punya cerita yang boleh makan semua jenis daun tuh!!. Muka si kambing yang pada mulanya ceria bertukar kesedihan. " tapi... tapi semua skill itu semua tak berguna bagiku, kerna habis je 2 bulan tuh aku balik dan terus makan segala apa yang ada di kandang tuanku, aku menyesal... menyesal, aku takkan lari lagi daripada tuanku. siput bertanya " kenapa kau menyesal?? kambing pun menjawab " dua bulan aku tak makan... "


Pak Mertua Action


sorang anak gadis telah bertemu jodoh dengan sorang mat saleh dari London.apabila dah berkahwin,maka menantu tadi pun ajak la pak mertua ni tinggal kat London untuk beberapa hari.Pak mertua yang juga merangkap Ketua kampung tu pun, amat bangga kerana akan menjejakkan kaki ke negara asing buat pertama kalinya.Sekembalinya ke kampung, maka dengan penuh bangga, Tok ketua lunch kat hotel 5 bintang,(tidak lagi seperti selalunya lepak kat warung jer). Tok ketua ajak sekali member2 kamceng dia, konon nak belanja lar tuh.So,bermulala ke'action'an Tok Ketua dalam memperlihatkan kemahirannya berbahasa inggeris.

pelayan : selamat datang ke Cafe hotel. Boleh saya ambil pesanan?

Tok Ketua ; emm tengs.Gib mi a kap op kopi.

pelayan ; oo..pakcik nak segelas kopi yea.

tok ketua ; yis. i olredy tel u,m i rite.

pelayan ; maafkan saya pakcik.

tok ketua ; its okeh.

pelayan ; pakcik nak makan apa?

tok ketua ; gib me rice cooker..(yang dimaksudkan tok ketua adalah nasi ayam)

pelayan ; maafkan saya pakcik.cafe tidak menyediakan rice cooker untuk d makan.

tok ketua ; wat? wat kind op kepe is dis!! u a stupit.

pelayan yang bengang terus bertukar menjadi transformers dan mengunyah tok ketua.heheheh

0 comments

Followers

Daisypath Anniversary tickers