Drama

Posted by MusLiMaHaTiKu | 9:13 AM | 0 comments »

ingat tak kali pertama kita bertemu?

Pada hari pertama latihan perlumbaan...
Boleh pinjam tuala awak tak? Awak minta tuala..saya telah tertarik oleh sikap ceria ini ! Suka tengok pada senyuman awak.. Suara yang sangat kuat menjerit ketika perlumbaan tu saya suka Jadi jangan berubah... Saya harap awak gembira, hati gembira Gembira kerana dapat berkenalan dengan kamu walau seketika..

***********************************************************
Suka pura- pura berlagak! Sebenarnya dalam hati kamu sangat lembut. Saya ingin bercakap lebih dengan awak lagi..moga kita akan bersua kembali, sila jaga diri.
***********************************************************
Terima kasih cikgu.. Minta cikgu terus begini.. Tegas dan mesra sehingga akhir, jangan berubah! Ini harapan saya.. Boleh bertemu cikgu contoh yang baik, saya rasa bahagia.
***********************************************************

Tunggu dengan hati yang sabar. Tiada berat, tiada haba..apakah itu dosa saya? Bangun pagi saya mesti menangis!, bukan kerana sedih hati tapi kerana saya mesti berdepan dengan masa sekarang dan akan datang...masyallah! subhanallah! Mampukan saya?..kalu tak menangis rasa kurang keyakinan diri untuk menempuhinya. Menangislah kerana ia dapat menenangkan hati. Akan saya lupakan sikit demi sedikit..kenangan itu. Nak ingatkan semua pasti terasa letih. Enggan lupakan atau tak dapat melupakan, manusia kena melupakan hal yang sedih barulah mampu untuk terus hidup. Terasa sudah cukuplah dengan semua nie. Terlalu gagah untuk menghadapi hal ini. Adakah ini kata-kata.. Saya minta maaf..sangat-sangat minta maaf. Mungkin salah dalam pertuturan.
“Jadi ulat yang suka menangis yang enggan mengaku kalah dan suka jaga air muka tapi cacing yang juga suka menangis dan degil itu..akhirnya bertindak dengan cara tersendiri..” saya akan berusaha menghargai setiap detik yang ada sebaiknya kerana hakikatnya kita milik Allah.

Saya ingin buat demikian walaupun pada saat akhir.
Melihat langit yang kebiruan itu Melihat bulan mengira bintang pada malam hari.. Melihat ros berkembang mekar dalam wangian...

Sikap degil, paksa diri itu..mohon maaf, saya akan sebegini selamanya. Tangan terasa lali, keras tak dapat nak menulis, terasa diri masih manja lagi...

“Setiap jiwa pasti akan merasai kematian dan untuk kamu, kami datangkan dengan yang buruk dan yang baik untuk ujian, dan kepada kami nanti kamu akan dikembalikan” Al-Anbiya, ayat 35


Kepada awak yang masih hidup berterusan... Kalau saya tanya kenapa musim panas akan berakhir? Saya jawab ia untuk gugurkan daun-daun. Kalau saya tanya awak..apakah kegunaan kejatuhan daun-daun itu? Saya akan jawab, ia melembapkan tanah bumi. Kalau awak tanya kenapa adanya musim bunga? Saya akan jawab, ia akan mengukirkan ketenangan dan senyuman awak yang melihatnya. Awak tanya lagi kenapa daun begitu hijau? Saya jawab kerana ia penuh dengan tenaga.
Mana dia yang selalu disamping awak?..saya tak ada jawapan sebab saya tak nampak, ia ada dalam hati awak...


“Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang akuu, maka jawablah sesungguhnya aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahku dan hendaklahmereka berimankepadaku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al-Baqarah-Ayat 186

KUATKAN SEMANGAT !
TABAHKAN HATI !
Sungguh Allah adalah dekat ^_^

Cebisan watak dan perasaan dalam drama jepun yang ana tonton...
Daku putar belitkan ayat..hehe
Moga dapat kongsi sesuatu...



0 comments

Followers

Daisypath Anniversary tickers