ISU PALESTINE MENUNTUT KEBANGKITAN UMMAH…

Posted by MusLiMaHaTiKu | 7:20 AM | 0 comments »

Isu Palestine adalah isu akidah, yang mana umat islam sama-sama memikul tanggungjawab untuk menyelesaikannya. Kerana ALLAH swt telah memuliakan Masjid al-Aqsa melalui firman-NYA di dalam al-Quran (maksudnya): ”Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui” (Surah al-Israk, ayat 1)


Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya):” Janganlah kamu bersusah payah untuk pergi (bermusafir) melainkan ke tiga buah masjid : Masjid al-Haram, masjid al-Aqsa dan Masjidku ini (Masjid al-Nabawi, di Madinah al-Munawwarah) “(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Bumi Palestin dan Baitul Maqdis telah diceroboh oleh tentera-tentera penjajah Zionis Israel! Masjid al-Aqsa telah dikotori dan dinajisi oleh golongan Yahudi yang melampau batas! Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat islam dan terletak di salah sebuah daripada tiga kota suci bagi kaum muslimin selepas Makkah dan Madinah. Sepatutnya seluruh umat Islam berasa cinta untuk mempertahankan kesuciannya dan merasakan kehilangannya. Akan tetapi mereka semua masih ‘nyenyak’ tidur! Bangsa Arab sering mengatakan bahawa ‘kami telah kehilangan Masjid al-Aqsa’..Masjid al-Aqsa adalah hak milik umat Islam di seluruh pelusuk dunia! Ianya bukan sahaja bangsa Arab atau rakyat Palestin, bahkan ianya adalah milik kamu dan sepatutnya kamu semua bertanya kepada diri kamu sendiri apakah yang telah kamu lakukan untuk membebaskan Masjid al-Aqsa..? Sesungguhnya ALLAH akan menyoal kamu semua pada hari Akhirat kelak!”


Firman ALLAH swt (maksudnya): “Maka apabila sampai masa janji yang pertama dari dua (kederhakaan) itu , Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau ; dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.”(Surah al-Israk:5)


Gugurnya para syahada dari seluruh lapisan masyarakat. Dari kalangan orang-orang tua , contoh yang begitu bermakna gugurnya Sheikh Ahmed Yassin r.h selaku pemimpin HAMAS yang dikasihi rakyat, semoga ALLAH merahmatinya dengan keagungan mati syahid. Dari kalangan orang-orang yang muda pula telah gugur syahid Dr.Abdel Aziz Rantisy r.h yang merupakan pembantu dan penggantinya. Juga telah gugur begitu ramai syuhada dari kalangan pemuda-pemudi, lelaki dan wanita, bahkan termasuk kanak-kanak.


Persoalannya, Apakah PENGORBANAN kita?

· BERDOA untuk umat ISLAM

· BOIKOT BARANGAN ISRAEL

· BERUSAHA UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN JEMAAH MUSLIM MEMBELA ISLAM DAN KESEJAHTERAAN UMMAH





0 comments

Followers

Daisypath Anniversary tickers