Terdidik kerana sebiji tembikai

Posted by MusLiMaHaTiKu | 12:40 AM | 3 comments »



Pada suatu hari, ada seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi rahimakumullah telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah itu tidak elok!. maka marah-marahlah isteri Syaqiq.
Lalu bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:

"kepada siapakah engkau tujukan kemarahanmu itu wahai isteriku? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau pencipta buah itu?" Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jalannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli jua sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembilai ini. Maka bertaqwalah engkau kapada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan dia pun redhalah dengan apa yang ditentukan oleh Allah swt.

"For things to change, you must change first. For things to change, you must help your iman to grow. By what? Doing the mutaba'ah la...hehe. InsyaAllah sikit-sikit lama-lama jadi bukit." "There will be no second or third or etc step if there is no first step"

islam way of life way of thinking state of mind
Ya Allah sembuhkanlah dan ringankanlah penyakit yang ditanggung olah mie dan cek de zah...kerana aku masih belum puas menyulam kasih dengan mereka...ameen


3 comments

  1. Misty Melor // February 9, 2011 at 4:08 AM  

    salam ") nice ... syukran jazeelan berkongsi yer :)

  2. Afida Anuar // February 9, 2011 at 5:17 AM  

    Mie tu sapa mira? kalau ada apa2 call la kak nor. Ada no tepon kaknor kan? kalau takdok, buzz kaknor, nanti kaknor kasi.

    Hospital putrajaya tu senang je nak cari. dekat dengan putrajaya central. Precint 9.

    Tu la, kaknor pun doa2 moga cikde zah takdok mende2. Result tau dok lama lagi katanya.. insyaAllah..semua selamat

  3. MusLiMaHaTiKu // February 9, 2011 at 7:10 AM  

    ukhti syikin: afwan..alhamdulilah da lama Xmenaip vs update blog..sila bg tunjuk ajar ye=)

    k.nor: mira Xdop no fon k.nor..hehe
    plan nyer camtu laa..tp ma maroh drive g dinung..lalala
    mie tu mok pd ma la..td ade kol ma, mie leh kuar doh tp Xtahu esk ke luse leh kuar, kalu tu dop jd g la if mie kuar doh..hehe

Followers

Daisypath Anniversary tickers