Assalamualaikum…
Syukur alhamdulilah kerana kita masih lagi diberi ruang dan peluang untuk terus hidup dimuka bumi Allah, menghirup udara yang cukup aman pada akhir zaman ini…
Perasaan ini cukup membuak-buak tuk meng'update' blog tapi waktu ana cukup terbatas untuk membolehkan ana sentiasa meng 'update' blog ini…
18/4/2011 genaplah satu tahun ana “kemalangan” mengakibatkan 3 jari kanan ana patah..Alhamdulilah ana bersyukur kerana masih diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk ana kembali bermuhasabbah diri, merenung dalam-dalam peringatan yang Allah hadirkan buat ana. Mungkin sebelum kemalangan ana ada melakukan perkara-perkara yang Allah tak suka..lalu ia hadirkan ujian buat ana sebagai peringatan untuk menguji ana yang lalai dalam mengigatiNya juga menghapuskan dosa-dosa lalu…Subhanallah Allahu akhbar...cukup halus teguran Allah itu..Hebatnya Allah ^_^
Segala yang berlaku setahun yang lalu ia masih lagi segar dalam ingatan ini. Alhamdulilah jari kanan ana dah semakin baik tapi ia tidaklah 100% baik seperti dahulu tapi ana bahagia dengan keadaan ana sekarang('',)
Bersyukur dan redha dengan apa yang berlaku..Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah
Disini ana ingin menyusun 10 jari mohon maaf sekiranya ana ada buat antum terasa dengan coretan ana selama ber 'blogging' kat alam maya nih…
Mohon doakan ana LULUS semua ye sahabat-sahabat…juga mohon doakan kes ana berjaya..ameen Ya Robb.
insyaAllah kes ana akan dibicarakan pada 27/4/2011…abis je proses perbicaraan ana akan terus balik ke Terengganu..hehe
(dop saboo wase..hihi)
| TARIKH | MASA | KOD | KURSUS | TEMPAT |
| RABU 20 APRIL 2011 | 8.30AM-10.30AM | F5105 | INTERACTIVE JAVA PROGRAMMING | DEWAN WARISAN |
| ISNIN 25 APRIL 2011 | 11.15AM-1.15PM | F5107 | WEB PROGRAMMING | DEWAN WARISAN |









semoga selamat semuanya :)
amin.
syira: ameen dik ^_^
moga dpermudahkan lg segala urusanmu....insyaAllah...=)