Secebis Lontaran

Posted by MusLiMaHaTiKu | 11:17 PM | 3 comments »


Assalamualaikum...

Alhamdulilah Allah masih bagi ruang pada ana untuk mencoretkan sesuatu pada post kali ini.. tiada apa-apa yang menarik ana nak kongsi sebenarnya, cuma ana ingin melontarkan secebis rasa dari hati..heheh..


Hari ini genaplah 3 bulan ana kemalangan. Sejujurnya ana memang sudah tidak menyentuh motosikal dah. Hatta motosikal housemate sekalipun ana TIDAK berani nak sentuh..penakotnye ana.haha. Ana bukan takut tapi TIDAK ada sebab yang kukuh untuk ana menyentuhnya..lalala. jadi wat nape nop setuh..ye dop??hehe. Cuma minggu lepas dalam kelam kabut nak hantar tugasan yang belum 'print' ana TERPAKSA dan KENA RELA membonceng motosikal milik adik Ina tuk pergi print tugasan tersebut, Thanks pada kak Piqa kerana menjadi penunggang yang cukup berhemah(amat perlahan yang Xpernah dibuat orang)..hehe. Time nak naik motosikal tu menggeletar satu badan tak tahu kenapa..fobiaa kot~huhu (jadilah pembonceng dari menjadi penunggang, banyak kelebihannya..hehe)

Semester nie agak mencabar bagi ana sebab join kelas junior..huhu. Nak kata malu, bab belajar memang ana bukan seorang pemalu tapi mula-mula segan jugak tapi lama-lama nanti okey laa, cuma dieorang nie berpuak-puak adeh! susah nak berurusan dengan mereka. Selalu tertipu jugak dengan adik-adik nih yang suka buat ana terkejar-kejar takut terlambat pergi kelas...tahu-tahu je kelas batal! saboo je ler..senyum je ana setiap kali kena camtu.huhu, nasib baik ana nie jenis yang pergi kelas awal 30 minit sebelum kelas bermula. Bila ana tahu adik-adik nih jenis lewat inform pe lagi...sms ngan lec je terus, ada kelas ke Xde kelas ke dia terus bagi tahu ana..alhamdulilah ^_^

Alhamdulilah, jadual ana sem nie Xpadat seperti sebelumnya..jadi waktu-waktu terluang tu ana akan buat proses terapi sendiri dibantu oleh adk Ekin dan Syarifah. Thanks ye housemateku..Sayang kamu semua ^_^ . Mereka amat memahami dan cukup bertolak-ansur dengan ana yang nakal nih..hehe.



Bersama menjaga kesihatan, kurangkan gula ^_^



SEDARKAH KITA

Posted by MusLiMaHaTiKu | 6:58 AM | 0 comments »


1. Sedarkah anda bahawa air yang mampu dikandung oleh washing machine
adalah kurang dari 2 kolah dan sekiranya pakaian anda bernajis (terdapat
air kencing, tahi cicak, etc), seluruh pakaian yg bersih pun akan turut
menjadi najis atau tidak suci. (berdasarkan hukum air mutanajjis)

2. Sedarkah anda bahawa hampir setiap telur ayam terdapat najis di kulitnya
dan sekiranya tangan kita basah atau telur itu sendiri basah semasa kita
hendak memecahkannya, tangan kita akan turut bernajis. Dan sekiranya
sebahagian dari telur tersebut termasuk dalam masakan kita, maka kita turut
memakan najis tersebut. (Roti canai telur, anyone?)

3. Sedarkah anda bahawa lantai tandas itu kotor dan bernajis disebabkan
tempiasan, maka kita perlu memakai selipar semasa dalam tandas. Dan cara
utk memakai selipar semasa memasuki tandas adalah dengan meletakkan kaki
kiri ke atas selipar (tanpa memakainya), kemudian menyarungkan kaki kanan
ke selipar kanan.. Diikuti dengan menyarung kaki kiri ke selipar kiri.
(Kerana adab masuk tandas adalah kaki kiri manakala adab memakai selipar
adalah dengan kaki kanan dahulu). Ada segolongan yang masuk tandas dengan
kaki kiri tapi memijak lantai, tidak memijak selipar (Ini akan mengotorkan
kaki kita).

4. Sedarkah anda bahawa walaupun kita mengalas sejadah ke atas tempat yg
bernajis, itu tidak bermakna tempat kita sujud tersebut adalah suci.. Kita
perlu menyucikan najis itu terlebih dahulu. (dari sumber '600 Masalah
Agama' hasil tulisan beberapa orang ustaz dan ustazah, antaranya Ustaz
Ismail Kamus)

5. Sedarkah anda bahawa apabila kita membersihkan najis seperti darah, kita
perlu berhati hati supaya air basuhan tersebut tidak memercik ke anggota
badan atau pakaian kita kerana air tersebut kurang dari 2 kolah dan akan
menyebabkan anggota badan kita turut bernajis.

6. Sedarkah anda bahawa kita perlu bernafas semasa minum air (utk
mengelakkan sakit jantung) dan udara hembusan pernafasan kita perlulah di
luar gelas. (Kerana H20 + CO2 = H2CO3, maka cuka terhasil dan menyebabkan
minumaan menjadi acidic)

7. Sedarkah anda bahawa memberi salam 'Akumzzz', Akum, Askum dsb dalam chat adalah umpama
menghina ucapan salam itu sendiri dan secara tidak langsung seperti
menghina Islam.



ISU PALESTINE MENUNTUT KEBANGKITAN UMMAH…

Posted by MusLiMaHaTiKu | 7:20 AM | 0 comments »

Isu Palestine adalah isu akidah, yang mana umat islam sama-sama memikul tanggungjawab untuk menyelesaikannya. Kerana ALLAH swt telah memuliakan Masjid al-Aqsa melalui firman-NYA di dalam al-Quran (maksudnya): ”Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui” (Surah al-Israk, ayat 1)


Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya):” Janganlah kamu bersusah payah untuk pergi (bermusafir) melainkan ke tiga buah masjid : Masjid al-Haram, masjid al-Aqsa dan Masjidku ini (Masjid al-Nabawi, di Madinah al-Munawwarah) “(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Bumi Palestin dan Baitul Maqdis telah diceroboh oleh tentera-tentera penjajah Zionis Israel! Masjid al-Aqsa telah dikotori dan dinajisi oleh golongan Yahudi yang melampau batas! Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat islam dan terletak di salah sebuah daripada tiga kota suci bagi kaum muslimin selepas Makkah dan Madinah. Sepatutnya seluruh umat Islam berasa cinta untuk mempertahankan kesuciannya dan merasakan kehilangannya. Akan tetapi mereka semua masih ‘nyenyak’ tidur! Bangsa Arab sering mengatakan bahawa ‘kami telah kehilangan Masjid al-Aqsa’..Masjid al-Aqsa adalah hak milik umat Islam di seluruh pelusuk dunia! Ianya bukan sahaja bangsa Arab atau rakyat Palestin, bahkan ianya adalah milik kamu dan sepatutnya kamu semua bertanya kepada diri kamu sendiri apakah yang telah kamu lakukan untuk membebaskan Masjid al-Aqsa..? Sesungguhnya ALLAH akan menyoal kamu semua pada hari Akhirat kelak!”


Firman ALLAH swt (maksudnya): “Maka apabila sampai masa janji yang pertama dari dua (kederhakaan) itu , Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau ; dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.”(Surah al-Israk:5)


Gugurnya para syahada dari seluruh lapisan masyarakat. Dari kalangan orang-orang tua , contoh yang begitu bermakna gugurnya Sheikh Ahmed Yassin r.h selaku pemimpin HAMAS yang dikasihi rakyat, semoga ALLAH merahmatinya dengan keagungan mati syahid. Dari kalangan orang-orang yang muda pula telah gugur syahid Dr.Abdel Aziz Rantisy r.h yang merupakan pembantu dan penggantinya. Juga telah gugur begitu ramai syuhada dari kalangan pemuda-pemudi, lelaki dan wanita, bahkan termasuk kanak-kanak.


Persoalannya, Apakah PENGORBANAN kita?

· BERDOA untuk umat ISLAM

· BOIKOT BARANGAN ISRAEL

· BERUSAHA UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN JEMAAH MUSLIM MEMBELA ISLAM DAN KESEJAHTERAAN UMMAH





Followers

Daisypath Anniversary tickers