Terlalu Ikut Perasaan

Posted by MusLiMaHaTiKu | 7:51 PM | 6 comments »






Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya…lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama..

Si ayah hanya tersenyum …

Si anak bertambah yakin, andai keputusannya begitu cemerlang , pasti kereta itu akan menjadi miliknya. Beberapa bulan berlalu…ternyata si anak dengan berkat kesungguhannya telah berjaya memperoleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan. Satu hati, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memujuk anaknya, sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas, di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu.

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang dibungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima, sungguh!! Bukan itu yang kuhajatkan, dengan hati yang berat..kotak itu bertukar tangan. Mata terarah kepada riak wajah ayahnya yang tidak menunjukkan sebarang perubahan, seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya. Dalam pada itu, si anak membuka pembalut yang membungkus kotak itu, penutup kotak dibuka..apa semua ini??.......

Sebuah Al-quran kecil, comel dengan cover kulit bertinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan . Si anak memandang ayahnya, terasa dirinya dipermainkan, amarahnya membuak! Nafsu mudanya menggelegak! Ayah sengaja mempermainkan saya, ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta tu..ayah bukannya tak mampu membeli kereta tu untuk saya.Bukan Al-Quran ini yang saya nakkan..katanya keras. Al-Quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan.

Si anak terus meninggalkan si ayah tanpa sempat ayahnya bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg, lantas dia meninggalkan banglo mewah ayahnya. Si anak ingin memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya.

Sepuluh tahun berlalu, si anak kini merupakan orang yanag berharta, punyai syarikat sendiri dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat cukup membahagiakan. Namun hatinya tersentuh sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya sedangkan dia berkira-kira sendiri. Telefonnya berdering, dari peguam ayahnya menyatakan si ayah telah meninggal dunia semalam. Harta si ayah telah diwariskan semuanya pada si anak. Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta dan buat pertama kalinya setelah bergelar bapa, si anak pulang ke banglo milik ayahnya. Sayu hati si anak memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya. Hatinya sebak, bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya..al-quran yang dihempaskannya masih lagi setia berada disitu, bagaikan setianya hati si ayah mengharapkan kepulangan si anak selama ini. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke situ..mengambil al-quran itu..

Membeleknya dengan penuh keharuan. Tiba-tiba jatuh sesuatu dari al-quran itu, segugus kunci di muka belakang al-quran itu, sebuah sampul surat ternyata dilekatkan disitu..kunci itu segera dia pungut. Hatinya tertanya-tanya, nyata sekali dalam surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya, dibeli pada hari konvokesyennya dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah. Sepucuk warkah tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini. Hadiah teristimewa untuk petera kesayanganku…air mata si anak menitis deras, hatinya bagai ditusuk sembilu, penyesalan mula bertandang. Namun semuanya sudah terlambat. Sekadar renungan bersama, berapa banyak orang dirkalangan kita ini melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak ‘dibungkus ‘ , didatangakan atau diberikan dalam keadaan yang dihajati??

Sama-sama kita renungkan…



Terdidik kerana sebiji tembikai

Posted by MusLiMaHaTiKu | 12:40 AM | 3 comments »



Pada suatu hari, ada seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi rahimakumullah telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah itu tidak elok!. maka marah-marahlah isteri Syaqiq.
Lalu bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:

"kepada siapakah engkau tujukan kemarahanmu itu wahai isteriku? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau pencipta buah itu?" Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jalannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli jua sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembilai ini. Maka bertaqwalah engkau kapada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan dia pun redhalah dengan apa yang ditentukan oleh Allah swt.

"For things to change, you must change first. For things to change, you must help your iman to grow. By what? Doing the mutaba'ah la...hehe. InsyaAllah sikit-sikit lama-lama jadi bukit." "There will be no second or third or etc step if there is no first step"

islam way of life way of thinking state of mind
Ya Allah sembuhkanlah dan ringankanlah penyakit yang ditanggung olah mie dan cek de zah...kerana aku masih belum puas menyulam kasih dengan mereka...ameen


Kamar-Kamar di syurga

Posted by MusLiMaHaTiKu | 7:13 AM | 0 comments »




Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Halaqoh yang dirindui
moga k.aini cepat sembuh & terus thabah (",)

Followers

Daisypath Anniversary tickers