Hatiku...

Posted by MusLiMaHaTiKu | 3:22 AM | 0 comments »

Ya ALLAH, hanya kepada-Mu ku bermohon taubat,
betapa ku berdosa kerana sentiasa membuat sesuatu dengan nafsu bukan dengan akal..

aku terlalu inginkan dunia sehinggakan akhirat ku lupa untuk bajai, kini ku sedar dari mimpi yang tak akan kekal selamanya..

.. kaki ini terus menginjak kerikil berduri..

biar telah KAU terangi lorong kasihMU dengan cahayaMU..

masih ku menghirup hempedu berbisa..
meskipun telah KAU hidangi cangkirku dengan madu hidayahMU..
kejamnya aku..

menzalimi jasad dan hati pinjaman dariMU..
ampunkan aku YA ALLAH..
tidak mampu aku bertahan lagi menjamah derita dalam gelita..

kasihani aku YA ALLAH..
aku merayu ihsanMU..
pimpinlah hatiku menuju taubatmu..
telapak kakiku tidak bisa lagi menginjak bumi..
lantaran terpalit noda yang tak bisa ku mengerti..
kasihani aku YA ALLAH..


0 comments

Followers

Daisypath Anniversary tickers