Berkata Umar ra.:
“Yang paling saya takutkan atas umat ini ialah orang munafik yang berilmu”
“Apabila engkau lihat seseorang berilmu mencintai dunia, maka curigailah dia mengenai agamanya ! Kerana tiap orang yang mancintai sesuatu akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu”.
Apabila tergelincir orang yang berilmu, maka tergelincirlah segenap alam makhluk”.
Pelajarilah ilmu ! Pelajarilah ilmu untuk ketenteraman, ketetapan hati dan kelembutan jiwa. Tunduk dan rendahkanlah dirimu kepada orang yang padanya kamu belajar. Begitulah pula, hendaklah tunduk kepadamu, orang yang belajar kepadamu. Janganlah kiranya kamu menjadi ulama yang bertabiat kasar. Agar tidaklah ilmu itu tegak sebab kejahilanmu.”
“ Sesungguhnya wuduk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”
“ Jangan enkau datangi sesuatu yang tidak penting bagimu. Jauhkan diri dari musuh- musuhmu. Awaslah dari teman- temanmu yang banyak, kecuali dari teman kepercayaanmu. Jangan engkau percayai selain orang yang takut kepada ALLAH Taala. Jangan engkau bertemankan orang orang zalim, kerana nanti engkau peroleh pengetahuan dari kezalimannya. Jangan engkau perlihatkan kepadanya rahsiamu. Dan bermusyawarahlah tentang urusanmu dengan mereka yang takut kepada Allah Taala.
“ Perkataan yang bergemuruh adalah gemuruhnya suara syaitan.”
“ Sesungguhnya laba adalah suatu kemiskinan. Dan janganlah mengharap kekayaan dari orang. Sesungguhnya siapa yang tidak mengharap apa yang ada ditangan manusia, nescaya tidak memerlukan manusia itu.”
‘ Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku. Kerana aku tidak tahu, manakah diantara keduanya itu lebih baik bagiku.”
Aku tahu bahawa kasombongan itu berhembus jauh hingga ke bintang Suraya.”
“ Apabila kamu seorang utusan, maka carilah yang tampan mukanya dan bagus namanya.”
“ Selidiklah kawan- kawanmu di waktu bersembahyang. Jikalau mereka tidak kerana sakit, jenguklah ; dan sekiranya dalam keadaan sihat- sihat saja maka patutlah untuk dicela.”
“ Jikalau kamu memberi, maka cukupkanlah hingga orang itu tidak memerlukan lagi.”
“ Jangan sekali- kali seseorang di antara kamu semua hanya duduk- duduk saja, tidak mahu berusaha mencari rezeki dan hanya berdoa: “Ya Allah, berilah hamba rezeki. Tidakkah kamu semua telah mengetahui bahawa langit itu tidak menurunkan hujan berupa emas dan perak.”
“







0 comments
Post a Comment