"Barangsiapa hadir ke majlis zikir pada bulan Ramadhan,ditulis pada tiap-tiap langkahnya ibadahnya setahun,dan pada hari qiamat bersamaku di bawah 'Arasy"
Orang yang solat pada bulan Ramadhan,tiap sekali sujud,dikurniakan kepadanya seribu tujuh ratus kebajikan,dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata.Bagi orang yang berpuasa dan beribadat,tujuh puluh ribu malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelamnya matahari,dan dibina sebuah mahligai baginya.
Pada hari qiamat,Allah memerintah Malaikat Malik dan Malaikat Ridhwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga kemudian disuruh Malaikat Malik dan Malaikat Ridhwan memberikan segala keinginan mereka,dari segala macam makanan dan minuman syurga.
Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan
kepada sepuluh hingga tujuh ratus ganda.
YA ALLAH
Perbaikilah agamaku yang memelihara urusanku
Perbaikkanlah duniaku yang padanya aku jalani kehidupan
Perbaikanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku
Jadikanlah kehidupanku bagiku menambah kebaikan dan
Jadikanlah kematian sebagai tempat untukku berehat daripada melakukan kejahatan...
...Salam Ramadhan...
10 jari ana aturkan
pohon maaf sekiranya sepanjang
perkenalan antara kita ana ada buat silap
antara sedar & Xsedar
dalam alam maya nie...
ana hanya manusia biase yang Xterlepas
dari melakukan kesilapan...
bersamalah kita tingkatkan amalan ye...






0 comments
Post a Comment