PERIHAL NERAKA

Posted by MusLiMaHaTiKu | 3:21 AM | 0 comments »

Rasulullah s.a.w. bertanya kepada malaikat Jibril tentang api Neraka. lalu Jibril pun menceritakan,

· "Ya Muhammad! Api Neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata api itu terjatuh ke bumi walaupun sebesar lubang jarum, nescaya terbakarlah bumi ini

· Baju neraka pula, kalau digantungkan antara langit dan bumi nescaya akan mati semua mahkluk di bumi ini kerana bau busuknya yang bersengatan.

· "Wahai Muhammad! Kalaulah semua malaikat menunjukkan rupanya yang sebenarnya dan turun ke bumi, nescaya akan pengsan semua penduduknya kerana rupanya yang amat mengerunkan.

· Sekiranya satu pergelangan dari rantai Neraka iyu jatuh ke bumi, nescaya rantai itu akan menembusi hingga tujuh petala bumi.

Mendengarkan semua itu Rasulullah s.a.w. berkata kepada Jibril, "Cukup Ya Jibril," Lalu Rasulullah menangis, Jibril pun turut menangis. Lalu Rasulullah pun bertanya, "Wahai Jibril! Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukanmu di sisi Allah amatlah tinggi?"

Jibril menjawab, "Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin kedudukanku, sunnguhpun kesusukanku sangat mulia di sisi Allah s.w.t. Aku sangat bimbang kalau Allah hendak menguji aku atau mengubah kedudukanku sebagimana Harut dan Marut dan juga Iblis yang terkutuk." Walaupun kedudukan malaikat Jibril sangat dekat kepada Allah s.w.t., namun ia tetap menangis kerana takutkan Allah, tetapi malangnya manusia masih tetap engkarkan Tuhannya sekalipun jelas nyata tanda-tanda kekuasaan Allah dari al-Quran dan as-Sunnah.

Sabda Rasulullah s.a.w

Barangsiapa yang dapat sembahyang satu rakaat bersama-sama imam, sesungguhnya ia mendapat pahala berjumlah seluruhnya. (Sahih Muslim)







0 comments

Followers

Daisypath Anniversary tickers